Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Tuesday, December 14, 2010

    Perkara-perkara Yang Disunatkan Pada 10 Muharram



    Hadith daripada Aisyah:
    Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
    Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

    KELEBIHAN

    Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

    BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
     
    SEJARAH 10 MUHARRAM
    Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
    + Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
    + Diterima taubat Nabi Adam a.s.
    + Dicipta Adam a.s.
    + Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
    + Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
    + Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
    + Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
    + Selamat Musa dan pengikutnya.
    + Lemas Firaun.
    + Dilahirkan Nabi Isa a.s.
    + Diangkat Nabi Isa kelangit.
    + Diangkat Nabi Idris ke langit.
    + Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
    + Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
    + Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
    + Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
    + Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
    + Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
    + Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

    14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

    1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
    2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
    3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
    4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
    5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
    6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
    7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
    8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
    9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
    11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
    12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
    13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
    14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

    Salam 1 Islam

    Monday, December 6, 2010

    Salam Maal Hijrah 1432H


    Salam Maal Hijrah 1432H 

    Kepada Semua

    Saudara-saudaraku 

    Satu Islam

    Insya Allah


    Friday, October 15, 2010

    :: 4 Minggu ::

    Minggu Pertama

    Pada masa ini, aku selalu tersenyum sendirian teringat perkara yang telah berlaku. Pada waktu itu juga, kerja-kerja mulai menimbun ke atas meja aku. Perlu tindakan segera tetapi aku masih melayari "mimpi indah" pada masa itu. Paling seronoknya, hari pertama selepas cuti panjang, meja aku dipenuhi hadiah-hadiah dan surat panggilan mesyuarat. Pada saat itu juga, aku mulai merindui seseorang.


    "kesunyian melanda"


    Minggu Kedua
    Sepanjang minggu tersebut, aku cuba menyibukkan diri dengan projek terakhir di mana "dateline" yang begitu dekat sekali, dan aku berjaya menyiapkannya. Wow, sangat bagus perubahan aku ini (macam angkat bakul sendiri ini). Dan aku terfikir apa yang menyebabkan perubahan aku ini, sila renung-renungkan.


    "biru pilihanku"

    Minggu Ketiga
    Pada minggu terakhir bulan Syawal ini, aku banyak menenuhi jemputan ke "rumah" terbuka anjuran pejabat-pejabat berhampiran. Rasa sendat perut pada setiap hari sampai aku hanya memilih makanan yang tertentu sahaja. Akan tetapi aku sangat pening dan "bad mood" pada minggu tersebut. Salah satu sebab aku kuat makan pada minggu tersebut. Hahahaha. Hujung minggunya, aku pergi UiTM Jengka, aku sangat rindu pada tempat ini. Sempat aku berjalan-jalan kat pasar malam. "Nothing no changes". Masih sama lagi. Tapi aku kurang seronok pergi ke sana kerana orang tersayang tiada di sisiku pada masa itu.


    "Aku dan Ayahanda Zami Ismail"

    Minggu Keempat
    Sekarang ini, pada saat ini, aku berasa gembira dan seronok kerana pada petang ini aku pulang ke kampung berjumpa keluarga aku dan isteri tersayang. Sebelum itu, minggu ini dimulakan "kemenangan" menyertai Konvensyen KIK peringkat negeri dan ia berjaya. Sangat sukar aku gambarkan "kemenangan" tersebut. Saya suka. Akan tetapi semua itu penutup kesibukan sebelum ini, mungkin ia pembukaan kesibukan yang akan datang. Tetapi aku masih berharap kesibukan ini tidak akan berpanjangan selama-lamanya. Amin. Sekarang ini pula, aku suka mendengar lagu-lagu nyanyian Maher Zain, hampir tiap-tiap hari mendengarnya. Dan salah satu lagu nyanyian beliau menjadi kesukaan aku adalah lagu ........



    The Rest of My Life – Maher Zain
    I praise Allah for sending me you my love
    You found your home and sail with me
    And I’m here with you
    Now let me let you know
    You’ve opened my heart
    I was always thinkin’ that love was wrong
    But everything was changed when you came along oh
    And there is a couple of words I wanna say
    Chorus:
    For the rest of my life
    I`ll be with you
    I`ll stay by your side honest and true
    Till the end of my time
    I`ll be loving you, loving you
    For the rest of my life
    Thru days and night
    I`ll thank Allah for open my eyes
    Now and forever I… I`ll be there for you
    I know it deep in my heart
    I feel so blessed when I think of you
    And I ask Allah to bless all we do
    You’re my wife and my friend and my strength
    And I pray we’re together in Jannah
    All I know I found myself
    I feel so strong
    Yes! Every thing was changed when you came along oh
    And there is a couple of words I wanna say
    Chorus
    I know deep in my heart
    And now that you’re here in front of me
    I strongly feel love
    I strongly feel love
    And I have no doubt
    And I sing it loud that I will love you eternally
    Chorus
    I know it deep in my heart
    nota kaki
    Catatan ini dibuat sempena sepurnama ikatan halal ini terjalin. Syukur...

    Friday, October 1, 2010

    Terima Kasih Tuanku


    Sebenarnya aku sedang menunggu kerja-kerja download file driver printer hingga selesai, sambil 2 aku upload 1 keping gambar yang bermakna kepada aku....jeng, jeng, jeng...






    Gambar ini sebenarnya aku scan daripada kad asalnya, jadi ada nama pengirimnya dan sekali alamatnya, tapi aku padamkan (biar aku sorang tahu jer), cuma aku tinggalkan hanya logo rasmi pengirim, so reader sila-sila teka saper pengirimnya....


    ~ BERSAMBUNG ~


    Thursday, September 9, 2010

    Ucapan

    Monday, August 23, 2010

    ASPIRASI RAMDHAN SATU MYVians


    Korang nampak tak keretaku yang mana satu? Memang korang tak nampak pun, sebab korang tak kenal kereta aku pun. Apa jadah kereta aku parking kat sini bersama Myvi yang lain, opsss untuk jual, bukan la, kitaorg suka2 parking kat sini, hahaha.

    Sebenarnya, aku join satu program dipanggil majlis makan2 ataupun dalam bulan puasa, digelar Majlis Buka Puasa la. Di anjurkan oleh MYVIans. Aku selalu pergi majlis berbuka puasa tetapi formal tapi majlis buka puasa ini aku kelaskan formal (pasal kene pakai bj melayu + sampin + songkok) & unformal ( ada cabutan bertuah). Kelas gitu, aku pun dapat jugak cabutan bertuah, dapat bekas kuih raya, boleh la aku pakai time raya nanti, hehehe.

    Kitaorg berkonvoi dari CP utama iaitu Dataran Masjid Putra dalam jam 5.30 petang, nak jadi cerita aku mmg lambat sampai kat CP utama kerana berpatah balik mengambil kain sampin aku, giler punya kerja, padahal aku dah sampai kat Jeram ms 2, aku buat U-turn, drive hampir 140 km/j nak cover masa 2, masa 2 jam lebih 3.30 petang, hahaha, apa2 pun aku selamat sampai kat CP utama. Lepak jap sambil bayar duit tol kepada marshall dan mengacau saper2 yang patut.

    Masa berkonvoi, kira smooth jer perjalanan, cuma 1 kemalangan kecil yang berlaku dpn mata aku sendiri, tapi kesian tuan punya kete, abis bercalar kete nya. Apa2 pun konvoi selamat sampai Restoran D’rasa Timur Barat, Kajang, Selangor. Lepak melepaskan lelah sebentar, apa lagi cari lauk la, lauk mmg best, rasanya nak tambah, tapi perut dah sendat pasal pakai baju melayu terlalu hensem, aku x jadi tambah, kalu pakai kain pelikat, 3 pinggan aku menambah, hahaha.

    Dah setel semua bab makan, dah masuk agenda utama, cabutan bertuah ++++, aku pun dapat, jangan jeles korang, tetapi aku nak side sikrit passo, pasal aku punye dah koyak, nanti ade duit lebih, aku pi cari (nada geram nie). Majlis dah selesai lebih kurang 10.30 malam. Aku pun ngantuk, chow balik Putrajaya (umah kakak aku).

    Apa2 pun, tahniah kepada semua yang berkerjasama dalam majlis buka puasa 2010 kali ini, tahun depan entah la sempat atau tak.

    Credit : Pojie (sori aku curi photo ko satu)
               Myvians
               Geng Bikers (Chopper, Superbiker, Custom & Naked Bike) 
               Myvi SE Sliver (Kete aku la)


    - Bersambung-

    Friday, August 20, 2010

    Tension + Boring



    Lama giler aku tak menulis dalam blog aku nie. Bukan apa bila aku tekan new post kat Firefox. Lama giler loading. Last2 aku pasang Chrome. Laju skit, pas 2 forum Myvians buat hal, x leh masuk melalui Firefox @ Chrome, asyik loading jer. Jalan penyelesaian pakai la Explorer jer.

    Sedar tak sedar, dah masuk minggu kedua bulan puasa ini, aku rasa mcm biasa jer. Mungkin aku terlau sibuk dengan kerja seharian. Aku ingat minggu depan nak relax jap, menyiapkan kerja-kerja tertangguh tetapi ada lawatan pemantauan daripada pihak kementerian. Aku Sangat TAK Gembira. Tapi nak buat mcm mana kn, KERJA kn.

    Sekarang ini aku sibuk tandatangan borang2 lama, adalah lebih kurang 6K borang, bos aku kata kene setel sebelum cuti raya, OMG, penat jari-jemari nak sign nie, hehehe. Apa2 pun aku kene kerja lebih masa nie tapi tak claim pun (baik tak aku).

    Sekarang aku sangat risau satu perkara sahaja iaitu _ _ _ _. Aku berharap ia boleh setel sebelum tarikh tersebut. Amin

    Oklah, aku nak sambung kerja balik, nanti bos nampak, katanya asyik blogging jer

    - SAMB -

    Saturday, August 14, 2010

     
     

    Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 27

    Pada 14 Ogos 2010

    Bersamaan 4 Ramadhan 1431H

    Untuk Tunangku Tersayang

    Tengku Mazlina Tengku Muhamud

    Semoga Impian Menjadi Kenyataan

    "mahal kita"


    P/S :Hanya Tinggal 30 Hari Lagi...

    Tuesday, August 10, 2010

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H


    ANAK BULAN DAH KUO PUN

    JANGAN LUPA PASANG NIAT

    BERSAHUR AMALAN SUNAT YANG DISUKAI

    BERBUKA PUASA HANYA 3 BIJI KURMA DAN SEGELAS AIR SUAM

    SOLAT TERAWIH + WITIR MEMANG DITUNGGU

    CUKUP SEBULAN KITA BERPUASA

    PAS 2 KITA RAYA LA

    RAMADHAN KALI INI HANYA SORANG SAJE

    RAMADHAN AKAN DATANG SUDAH BERDUA


    p/s : Saper nak card, x kisah kad raya @ kad puasa, sila inbox me...

    Friday, July 23, 2010

    One Manga & Komik Malaysia

    Originally Posted by Zabi on the main site
    It pains me to announce that this is the last week of manga reading on One Manga (!!). Manga publishers have recently changed their stance on manga scanlations and made it clear that they no longer approve of it. We have decided to abide by their wishes, and remove all manga content (regardless of licensing status) from the site. The removal of content will happen gradually (so you can at least finish some of the outstanding reading you have), but we expect all content to be gone by early next week (RIP OM July '10).

    So what next? We're not really sure at this point, but we have some ideas we would like to try out. Until then, the One Manga forums will remain active and we encourage all of you to continue using them. OMF has developed into a great community and it would be a shame to see that disappear.

    Regardless of whether you stay with us or not, on behalf of the One Manga team, I would like to thank you all for your unwavering support over the years. Through the ups and downs you have stuck with us, and that is what kept us going.

    As a certain Porky was fond of saying... That's all folks!

    Time for me to go lay down and let this all sink in.
    - Zabi

    Sebenarnya aku sedih sangat nie, minggu ini adalah minggu terakhir aku membaca sambungan manga terbaru, live dari Jepun, masih panas2 lagi, lagi2 Bleach, Naruto dan paling aku layan One Piece, OMG aku nak cari mana sambungan manga2 tersebut, help me. Apa2 pun aku masih support One Manga. Aku start layan One Manga hampir 2 tahun, setiap petang Jumaat, pasti aku tunggu One Manga update 3 manga tersebut, miss one week, mcm x leh keje untuk minggu depan, hahahaha. Oleh itu sokong lah industri komik Malaysia selepas ini.

    ADIOS

    KOSONG

    MERAH

    HIJAU

    PUTIH

    MANA SATU PILIHAN AKU SEKARANG

    Friday, July 2, 2010

    Sebulan Aku Tak Buka Blog Aku

    Sebulan, aku tak coretkan dalam blog ini. Aku sebenarnya tiada mood dan kesempatan untuk kemaskini blog ini. Akan tetapi banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku sepanjang bulan Jun yang lepas. Mungkin aku mengambil beberapa aktiviti yang penting sahaja. Lagipun aku tak menyelitkan gambar-gambar untuk menyedapkan cerita aku yang sudah basi ini. ( SE C902 mengalami kerosakan, sudah dibaiki tetapi kembali rosak, aku rasa lepas baiki sekali lagi, aku nak jual la)

    Majlis Perkahwinan Kakak Aku (06 Jun 2010)
    Aku telah mengambil cuti selama 10 hari untuk menguruskan majlis ini ( kawan-kawan aku kata mcm aku yang kahwin, hahaha). Seperti biasa, aku kat sini bertindak runner majlis. Aku rasa kereta aku habis aku lanyakkan, ke situ ke sana, jadi pemandu merangkap bodyguard kakak aku, penat tapi aku gembira. Ini pun adalah tanggungjawab aku terakhir terhadap kakak aku sorang, menjadi wali pernikahan kakak dengan abang ipar aku. Tak nafikan, pernikahan ini telah menyebabkan aku menitiskan air mata, terasa sebak sewaktu jurunikah sedang menjalankan tugasnya, mungkin hubungan aku dengan kakak aku terlalu rapat dari kecil. Lepas ini, aku pasti rindu "pergaduhan" kami berdua, wow jiwang plak aku nie.

    Majlis Sambut Menantu Di Pasir Mas + Shopping Rantau Panjang (08 Jun 2010)
    Kami bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Sebanyak 10 kereta yang terlibat dalam konvoi ini. Kereta aku mcm biasa, duk last sekali, bukan apa pun, takut ade yang tertinggal. Akan tetapi, ada juga yang tertinggal, kak na aku siap call aku, tanya mana rombongan? aku jawab bukan kak na duk depan sekali, rupanya kakak aku sorang berhenti beli makanan untuk amzar, tak pasal2 aku memperlahan kereta aku untuk Viva Along catch-up to my car. Akhirnya konvoi ini sampai dalam pukul 1 petang. Macam biasa, aku pi makan dulu. Tengah syok makan, terkejut terdengar 3 kali das tembakan ke udara, rupa-rupanya adat kampung kat situ apabila menerima menantu baru kat kampung. Sangat unik. 

    Selesai sahaja majlis tersebut, kami semua bergerak ke Rantau Panjang, tak jauh pun, dalam 8 km jer. Di Rantau Panjang, aku follow Kak Ya + Abg Jais, sempat jugak pi tgk Sungai Golok. Aku cuma beli cermin mata gelap yang harganya RM 9. Dah selesai shopping, kami bergerak dari c2 dalam kul 5.30 petang, akan tetapi kereta aku terpisah dengan konvoi utama dan aku mengambil keputusan bergerak sendiri pulang K.Trg. Dalam perjalanan pulang, aku singgah Masjid Bejing, pembinaannya menyerupai sebuah tokong Cina, dan salah satu menara masjid tertulis 99 Nama Allah, sungguh indah rekabentuk. Aku sampai rumah dalam pukul 11.00 malam tetapi rumah berkunci kerana kunci oleh kakak aku (konvoi utama sampai kul 12.30 tgh mlm), tertido aku dalam kereta, hahaha.

    Pagi Jumaat di Pantai Batu Burok
    Seperti biasa, pabila aku berada kampung, aku pasti pergi ke Pantai Batu Burok waktu pagi Jumaat. Selalunya aku keseorangan tetapi aku ditemani oleh tunangku buat kali pertama. Semasa aku pi ambik dia kat rumah, abi bertanya kat aku, nak sarapan mana pagi buta ini, bayangkan aku pick-up dia dalam jam 6.30 pagi, mesti parent dia tanya macam2, aku jawab kat warung sebelah Masjid Ladang, nasib baik warung buka ari 2, apa2 pun aku sangat seronok pada pagi tersebut

    H.O.P Selayang (25 Jun 2010)
    MYVIans KL telah membuat sambutan bulan kelahiran Jun di Restoran Air Buah Gelas Besar, aku pun join sekali tapi aku gerak sendiri dari rumah kat sini. So sampai kat sana, serentak sekali dengan budak2 KL, di sana aku dah mula wujud kat sana, apa2 pun aku tetap selamber, akan tetapi ada org kata kat aku, mulut aku tak reti diam, over peramah, hahaha, apa2 pun MYVIans memang sempoi.

    Kursus Pra Perkahwinan di PAIDHS (26 - 27 Jun 2010)
    Kursus ini terlalu lama aku tangguh, akhirnya aku ada kesempatan untuk menghadiri kursus ini. Sepanjang kursus ini, aku sentiasa ketawa mendengar cerita daripada setiap pencermah tetapi ada maksud disebaliknya. Di sini aku berkenalan rakan semeja (istilah baru aku), nama Faiz, berkerja sebagai Pegawai Fizik di HKL, aku dengan bodohnya tanya soalan ini, kerja apa 2? dia menjawab, mengurus peralatan hospital, tetapi aku masih tak faham apa tugasnya, apa2 pun aku seronok bersembang dengan dia + tunang dia, aku melihat diaorang sebagai pasangan ideal tetapi bila aku tanya tunang dia keje kat mana? keje sebagai lecture kat USM, dan aku terpikir mcm mana kehidupan diaorg selepas menikah nanti? jeng jeng jeng.

    DAH ABIS PUN...




    Tuesday, May 18, 2010

    :: Aku Ada Video Adegan Seks Ustazah di Asrama Pelajar (KOSMO) ::

    Saja aku buat gempak tajuk entry kat atas, kasi korang klik capaian blog aku hari ini, sebab  video ini ramai yang mencari, hehehe, so hari ini, aku membuat carian kat Google mengenai artikel Kosmo hari ini,sememangnya isu ini banyak menarik perhatian umat manusia di bumi Malaysia, hampir kebanyakkan para blogger review atau ambik bulat dari Kosmo, tak lupa jgk kepada forum-forum yang membincangkan isu ini, boleh mencapai 25 mukasurat perbincangan, wow, terima kasih kepada diaorang

    Semasa aku membuat carian yang mencapai 80,000 capaian dengan menggunakan kata kunci "******* kosmo", bermacam-macam penemuan aku jumpai, antaranya muat turun video tersebut, salah satu laman web yang terlibat kegiatan tersebut telah membuat nota kaki ini


    Dari mana sumber ini, aku tak nak nyatakan, korang cari sendiri la, lagipun benda masih panas lagi, sebelum 2 aku bagi peringatan sikit, laman web ini mengaut keuntungan kerana kalu nak tengok, kene bayar la, pandai2 korang nak cari free, mcm aku promosi la, so hati-hati la korang...

    Sebelum mengakhiri entry ini, aku ingin memberitahu ini semua adalah isu semasa yang hangat tetapi sementara, aku rasa pagi esok mesti Kosmo review isu ini balik, mengambil pandangan orang ramai, org kata "follow up story", dengan ini aku akhiri dengan pandangan seorang blogger ini

     

    :: Rosak + Wang + Tension ::

    Akhir2 ini, aku btl2 update blog tanpa upload gambar, sbnrnye my phone SE C902 telah rosak, hampir 3 minggu la, nak pi repair, i have no money in my poket, tension nyer aku, itu pasal rasa nak update blog nie, kemudian kete aku dah sampai untuk servis, dah lebih 2,000 km daripada sepatutnya diservis, tapi uang tarak ada, tension lagi, sekarang plak, printer ofis aku x leh jalan plak, bertambah tension aku, jadi abaikan semuanya...

    Pas 2, aku paksa relakan diri pi Shah Alam, kemudian Beseri, dan akhir sekali, entah la, blm tahu lagi tempatnya, pas 2 nak uruskan lawatan plak, cuti untuk kenduri kahwin kakak belum minta lagi, gilanya aku, buat keje last minute lagi, adus....

    "Kesilapan membawa padah"

    Friday, May 14, 2010

    :: Entahlah ::

    Minggu ini aku terasa lambat bergerak, dari Isnin ke hari ini (Jumaat), entahlah, kerja-kerja ofis berjalan mcm biasa, tetapi satu, dua perkara membuat aku x de menghabis kerja aku, walaupun blh siap pada minggu ini, entahlah, hujung minggu lepas aku pulang terengganu, menolong menyiapkan umah family aku, untuk persediaan majlis perkahwinan kakak aku yang akan berlangsung pada awal bulan Jun nanti, kitaorang setakat mengecat kembali dinding-dinding umah aku, tukar kaler yang lebih ceria, hahaha, ye la 2, time nak beli cat kat kedai, sempat lagi bergaduh 3beradik, nak pilih kaler aper, hehehe, keadaan kakak sulung aku beransur pulih, masa aku pi bw Kak Na pi KB, berjumpa doktor, sempat berseloroh mengatakan my sis dah ok 2, masa jumpa dulu sekali, asyik sebut sakit jer, hahaha, sekarang nie dah blh senyum, doktor menasihatkan jangan buat kerja berat2, so kitaorg cakap time kenduri nanti, duduk diam2, salam dgn org, ambik duit dan bg cenderahati, apa2 pun aku sangat happy dengan perubahan Kak Na aku nie.

    Sekarang ini aku mahu fokus sesuatu, mungkin lepas kenduri kahwin kakak aku nie, aku perlu bergerak lebih pantas, tunang aku dah selamat di kampung, sekarang nak bersedia nak buat Latihan Industri di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu, pada mula beliau memohon di sini tapi tak boleh, pas 2 mintak kampung, pun x leh, kemudian KB, pun x leh, last kali, dapat kat kampung, 2 pun tahu pada Jumaat lepas, time aku ambik beliau di kolej, aku sangat gembira, tetapi plan aku sedikit berubah, apa2 pun ia masih berjalan mcm biasa.

    Sekarang aku mahu kembali kehidupan aku normal balik

    Tuesday, May 4, 2010

    :: Kisah Bulan Lepas ::

    Sudah lama aku tak update blog aku, byk cerita yang tertinggal, hehehe, nak kata busy, buat2 busy, bulan lepas aku banyak bergerak ke sana ke mari, bulan lepas rasa pecah rekod aku kuo ofis, dan hujung minggu aku pi jalan2 makan angin, hehehe...

    Minggu Pertama (05-11 April)
    Aku banyak menghabiskan masa aku di ofis pada minggu tersebut tetapi hari Jumaat aku bercuti di Putrajaya, sempat tonton "Clash of The Titans" dan hujung minggu tersebut aku berkonvoi ke Muar dengan Kelab Myvians dan pas 2 aku singgah Jasin, melawat si Along, tak psl2 di ajak aku berjalan2 kat Bandar Melaka, sampai kul 1 pagi aku pusing balik Jasin, esok aku pulang Putrajaya, ikut jalan lama, Jasin ke Putrajaya, melalui Rembau dan Nilai, seronok cuci mata...

    Minggu Kedua (12-18 April)
    Minggu tersebut aku lepak kat ofis dan kemudian pi kursus sehari tak sehari pun, tengahari cabut balik, hahaha, ada org mcm 2, tapi weekend aku pi PC FAIR, kat KLCC, sambil berjalan + tengok movie "How To Train Your Dragon", yang lawak title cerita nie kuo last citer, time credit, btl2 ajar nie, hehehe, aku pi Datuk Keramat, rindu sangat tempat 2, sempat minum air buah c2 jap.....

    Minggu Ketiga (19-25 April)
    Minggu tersebut paling busy, aku langsung tak lekat kat ofis, first day this week aku pi mesyuarat kat JPV, esoknya aku ambik cuti sehari, pi Tg Malim>>Nilai>>KL>>Tg Malim, penat sangat2, tetapi seronok sangat2, aku sangat gembira pada hari tersebut, hari Rabu plak, ade meeting dalaman dan pembentangan produk dari local bank, Khamis ade mesyuarat dan Jumaat pi Shah Alam, aku betul2 fed-up ms 2, x nk citer panjang psl 2, Sabtu plak aku singgah tgk bola Myvians vs Honda, akhirnya Myvians menang jugak, tak sia2 aku datang malam 2, sambil aku ambil sticker roadtax jap, dan Ahad aku join gerakan BACA@LRT : BERI,
    kul 10 pg aku terpacak kat LRT Pasar Seni, tunggu geng RAMFC, pas 2 aku kene interview oleh ASTRO AWANI, masuk lg tv, hehehe, pas 2 gerak ke KLCC, derma 2 buah buku kat Kinokuniya, pas 2 aku bertukar-tukar buku, aku dapat 3 buah buku baru, tapi biler aku nak baca nie, hehehe, thanks tau, pas 2 aku lepak dengan RAMians, sampai kul 6 petang kat c2, pas 2 balik dan tido, zzzzz....

    Minggu Keempat (26 April - 01 Mei)
    Hari Isnin aku pi meeting kat Shah Alam, oleh kerana meeting abis lambat, aku singgah Bukit Raja, tonton "LOSERS", best siot citer 2, btl2 smart, pas nie kene tgk "The A-Team" plak, esoknya aku pi cari produk usahawan untuk hantar ke KL, kemudian ada meeting lagi, bosan sgh, tapi seronok, hujung minggu 2, aku lepak bersama MYVIans, sambutan B-Day April kat Seri Kembangan dan Program Amal 1 Malaysia kat Puchong, aku btl2 enjoy, dan ilang problem aku sekejap, berseronok dan bermal, hehehe, walaupun poket aku nak hampir kosong, hehehe..

    Dah abis citer bulan lepas, bulan nie x tahu la aper terjadi, hehehe, tapi hujung minggu nie aku balik kampung bersama tunangku tersayang + kakak aku sayang jugak, aper terjadi 5 bulan lagi, entah la...

    -ENd

    post signature

    Sunday, April 25, 2010

    :: 100 ::

    INI ADALAH POST YANG KE 100

    ITU AJE

    post signature

    Wednesday, April 14, 2010

    :: Re-post "En AA.. saye mau alamat emel kamu.. =p" ::

    Tadi aku kuo jap, melayan desk officer dari Shah Alam, pasal check bangunan baru siap minggu lepas, sblm 2 aku sempat blog walking jap, sempat aku komen blog rakan2 jap, selepas 3 jam, aku tgk dashboard blog aku nie, ade entry mention nama aku, entry mcm kat bwh nie...

    "ahahah... nape post entry camni??? sebab da takde care lain nak contact.. huhuh... tak de simpan alamat emel en AA.. enpon tak bawak.. chat kat emel pown tak bley.. bley anta emel, tapi tak de alamat.. arg.."
    Kesian rakan aku sorang nie, nk berhubung org pun pyh, nk on FB dan YM kat ofis kene block, nk msj guna HP, tertinggal umah plak, nk emel plak, tak tahu alamat email plak, cian sungguh.....

    Moral of the story : Lu Fikir Sendiri la....

    post signature

    :: Jadual Sampai Akhir Bulan ini ::

    15hb : Pi Kursus Sehari kat Sungai Burong

    16hb : Duk Ofis

    17hb & 18hb : Pi PC Fair sambil ambil barang untuk kereta aku

    19hb : Mesyuarat kat Shah Alam

    20hb : Cuti Rehat (tapi ade mesyuarat pengurusan plak, mcm macam nie ?)

    21hb sampai 23hb : Duk Ofis jugak....

    24hb : jadi penyokong perlawanan bola sepak Myvians vs Honda City kat Putrajaya

    25hb : BACA@LRT , Tema : Beri (nk beri buku mana nie)

    *semua nie tertakluk pada perubahan
    post signature

    Monday, April 5, 2010

    :: Kisah Satu Hari Di Dalam Alam Maya ::



    Hari ini aku banyak rjalan-jalan di dalam dunia maya, kisah pagi tadi banyak citer pasal ABPBH, Formula One Malaysia macam kurang jer, aper2 pun tahniah untuk Datuk Siti Nurhaliza. yang lain pun sama jgk, tak banyak berubah, ada kali pertama menang, sampai gugup nk beri ucapan, aper2 pun tahniah kepada semua pemenang....

    Kisah seterusnya, adalah insan ini sangat popular untuk hari ini, mungkin reader dah tahu ataupun buat2 tak tahu, aper2 pun he became so popular today, name the guy is Rafiqin Darwisy, siap group sendiri, aku x nk citer panjang pun, cuma kite renung kembali, kita umat terakhir di muka bumi ini.......


    Kisah terakhir.....
     

    Saturday, April 3, 2010

    :: Kilat Dulu, Kemudian Guruh Dan Akhirnya Hujan ::

    Sementara aku menunggu new entry abis loading (biasala broadband yang lambat), aku sempat membuat 2 set roti bakar sampai gusiku terasa sakit, sambil2 itu jgk aku membuat teh lipton (uncang siap), kemudian memerhati di halaman rumah aku, langit agak gelap dari bagan sg burong dan sabak bernam, sekali-kala terdengar bunyi guruh, akan tetapi aku mencari-cari di mana kilatnya...

    Aku teringat masa kecil2 dulu, org tua2 cakap kilat dan guruh untuk menakutkan syaitan yang bersembunyi di belakang kita, kita dinasihat supaya membaca ayat2 suci al-Quran, akan tetapi aku suka melihat kejadian kilat yang memancar ke atas bumi ini, lagi2 hujung langit yang kelam, kadangkala aku cuba mengambil gambar kilat tetapi tidak menjadi kerana aku pakai kamera handphone, bagi aku kejadian kilat adalah tanda kejadian kebesaran Allah s.w.t.,

    Aku berada di luar rumah, hampir ke halaman rumah, air hujan mula membasah tanah2 yang kering ini, kelihatan burung2 berterbangan mencari tempat bertebuh, mungkin ke sarangnya, terdengar burung2 bersiulan antara satu sama lain, sesungguhnya hujan adalah rezeki kepada makhluk Allah kesemuanya.

    Hari ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah, aku mengemas rumah, tetapi area ruang tamu aku berjaya kemaskan, dapur dan ruang makan belum aku sentuhi, mungkin pagi esok aku kemas seringkas mungkin, pada tengahari tadi, aku meronda ke kawasan kerja-kerja ladang yang belum siap lagi, akan tetapi aku tak jumpa pun, mungkin kerja2 tersebut dah siap mengikut jadual, mungkin minggu depan aku boleh siapkan tuntutan kerja2 tersebut...

    Bulan ini, aku belum merancang apa2 lagi untuk kerja dan peribadi, aku bercadang nak balik kampung pada minggu lepas, btl2 selepas memperolehi gaji, oleh kerana pelbelanjaan luar biasa pada bulan lepas dan aku cover balik gaji aku baru ini, aku kene balik pada gaji bulan ini, sebenarnya aku risau keadaan kakak aku, pasti ini aku kene marah pasal x call dalam masa seminggu, pas kerja2 kat ladang dah siap, bolehla aku memikirkan pasal aku dan family aku, aku berharap perancangan aku ini akan menjadi kenyataan nanti...

    post signature

    Wednesday, March 24, 2010

    :: sebenarnyer x de idea nie ::

    aku dah jarang2 nk blog walker dan update blog, nk kata sibuk pun tak tapinya pemalas nk buka blog nie, 

    dalam 2, 3 minggu aku agak sibuk menguruskan kereta aku yang tersadai di bengkel, nasib baik boleh claim insuran tapi aku nk guna keretaku cepat, last2 semua dah siap, kene RM 13++, terbang lagi duit, bye2, pas 2 aku nk sambung insuran dan roadtax, last2 sangkut saman polis dan JPJ, terbang plak RM 3++, campur byr insuran dan roadtax 2 adelah RM 10++, byk giler terbang duitnyer, tapi aku hairan mcm mana aku blh cari duit 2, (aku tak merompak mana2 ok), tapi takper perkara dah lepas, 

    pas 2 aku sibuk dengan kerja aku semasa, bajak + kapur, penatnyer, 2 tak campur lagi yang berkaitan MP3, peruntukan baru confirm tapi keje terus jalan, tak psl2 aku kene marah oleh pihak atasan, tapi aku dah gerak kerjanya tapi % kerja kurang memuaskan, aku perlu siap keje tersebut sebelum mesyuarat MP3 yang akan datang,

    kemudian my sister tengah sakit sekarang nie, aku pun risau jgk cuma aku jarang call kakak aku, tapi aku tahu keadaan dia mcm mana, mungkin dalam next week aku nak bercuti nak balik kampung, menjenguk keadaaan kakak aku, itulah langkah terbaik untuk aku...

    sekarang aku tengah pening memikirkan perkara yang akan datang...

    post signature

    Tuesday, March 9, 2010

    :: Kuching, I'm Coming ::

    Sepertimana entri sebelum ini, aku nk share kisah aku pergi Kuching pada 05-07 Mac yang lepas, memang seronok + perabis duit, bak kata pemandu pelancong kami (Mr. Ten), "duit bukan untuk disimpan tapi untuk dibelanjakan" (dalam slang Sarawak), tapi nk citer mmg x larat, so layan gambar and story about my holiday in Kuching..


    OMG, kaunter masih tutup lagi, hahaha, ye la, kami bertolak dari Sg Besar tepat jam 12.00 tghmlm, so sampai di LCCT dalam pukul 3 pagi, fight jam 7.35 pagi, nk check-in masuk kul 5.30 pagi, wow, so antara aktivitinya, tido dan tido dan tido, aku plak merayap la kat LCCT nie, last2 parking kat food court kat c2...

    terang2 tulis, "go holiday"

    Jadi dah sampai Kuching, perut dah lapar, so pekene mee Sarawak la, Mr Ten bawa kami pi cafe ala kopitiam style la, makanan blh la tahan, dah makan namanya..

    mcm pedas bunyinya

    sarapan aku : susu tarik + roti kahwin...

    Kemudian kami dibawa pusing2 bandaraya Kuching, banyak tempat menarik jgk kat sini, so aku shoot mana yang sempat, apa2 pun layan jer....

     Kuching South City Hall


    Kucing


     entah jalan mana aku ambil nie...

    jumpa kucing lagi...

    BATA everywhere....

    jumpa kucing lagi....




    DUN Sarawak

    tarak larat nak upload gambar....sambung nanti plak......




    Thursday, March 4, 2010

    :: Mencari Kuching ::


    samada aku mencari yang nie

    ATAU

     mencari yang nie jugak

    Sebenarnya, pada malam ini, aku berangkat pergi Kuching, wow Kuching, WOW KUCHING, giler nyer aku sampai sebut 3 kali sebut KUCHING. Aku nak bagitahu satu rahsia, aku tak pernah naik kapal terbang (aku ingat pi umrah atau haji baru naik kapal terbang), aku takut sangat, risau jugak aku, tapi aku sungguh teruja, kenapa? ye la, first time naik "belon", pas 2 pi seberang laut (Penang pun x pernah sampai pun), kemudian pergi atas tiket ofis (gembira), tapi dalam poket hampir kosong. Aku malas citer banyak2 pun, mungkin next entry aku upload dan citer banyak2...
    post signature

    Sunday, February 21, 2010

    :: Perjalanan Sehari Pada 20hb Februari 2010 ::

    Sesudah mengerjakan solat subuh, dalam jam 6.45 pagi aku terus bergerak ke Tanjung Malim melalui jalan Sungai Panjang (jalan pintas sebenarnya) untuk menaiki Komuter ke KL Sentral, sebenarnya Myvi aku belum dibaiki lagi masa kemalangan, tapi boleh bawa lagi, jadi aku bercadang parking MyVi kat Stesen Komunter Tg Malim, lgpun terus ke KL Sentral sambil membaca dalam Komunter.


    Aku sampai Tg Malim jam 8.00 pagi, terus ke kaunter tapi tiada orang (mungkin pergi sarapan), aku garu kepala sekejap,"Mana nk beli tiket nie, nak cepat nie", aku pun terpandang mesin tiket layan diri, wow mesin dah canggih sekarang, touch screen (lupa plak shoot gambar masa itu, nak cepat), senang dan mudah, sampai seorang pakcik itu tanya aku macam mana nk pakai mesin tiket itu, aku ajar dia jap, pas 2 aku tunggu tren sambil baca info bahawasanya tren bergerak dr Tg Malim jam 8.50 pagi, APA? 8.50 PAGI, pas 2 kene tukar tren kat Rawang plak, jadi aku meramalkan aku sampai KL Sentral antara jam 10.15 - 10.30 pagi, jadi sepanjang perjalanan Tg Malim-Rawang-KL Sentral, aku selalu tgk jam sambil baca novel Sejarah Islam-Salahuddin bin Ayubi yang ditulis Pak Latip (nie pusingan kedua membaca buku ini).

    tim RAMFC bergambar kenangan sebelum aktiviti 
    (aku takder dalam gambar ini)

    tim RAMFC bergerak masuk ke dalam tren yang padat manusia buku

    aku dalam duniaku...

    Tepat jam 10.30 pagi, tren selamat sampai KL Sentral, aku terus pecut berlari pergi mesin tiket LRT dan terus berlari panjat naik tangga ke platform, sampai kat situ, nampak tim RAMFC masih ada lagi, fuhh lega, sempat lagi join gerakan BACA@LRT ini, sempat bersembang jap, pas 2 tren dari Gombak dah sampai, aku masuk dan duk tengah2 antara dua tren, walaupun agak goyah kat situ, aku sempat membaca 1 bab novel itu, dan dengar suara awek yang luak itu "Stesen berikutnya Taman Jaya, next station Taman Jaya", dah sampai rupanya, masa keluar dari tren ini adalah waktu kritikal kerana stesen ini bukan seperti KLCC dan Masjid Jamek, masa buka pintu sekejap jer, orang masih berduyun-duyun keluar, pintu tren dah bunyi dan nak tutup, apa lagi berlari keluar masing2, seingat aku 2 kali pintu itu nak tutup tapi tak boleh, kali ketiga ia berjaya tutup pintu (terima kasih RapidKL) dan terus bergerak...

    group photo......

    Kemudian ada sedikit taklimat oleh pihak penganjur, dan photo group dan acara mengambil borang, kemudian aku dan tim RAMFC bergerak Amcorp Mall, pi singgah BookXcess untuk hantar borang dan dapat 'book thong', aku mintak Ultraman tapi jumpa Sinchan, kira ok itu, aku round jap dalam kedai itu tapi orang terlalu ramai, tak selesa sangat, aku terus lepak depan pintu masuk dengan tim RAMFC, masa itu ada interview bersama ASTRO Awani, dan aku terus jadi "jurucakap bidan terjun" bg pihak tim RAMFC masa interview itu, segan plak, tapi aku jenis selamber jer...jadi aku promote skit nama RAMFC dan abg RAM,kemudian perut dah lapar, terus lepak McD...

     aktiviti makan-makan...

    Jam 1.15 tim RAMFC berpecah ke haluan masing2, aku plak balik Tg Malim la, singgah pasar malam Tg Malim, beli apam balik dan nasi kerabu dan aku gerak balik Sungai Besar dan sampai jam 6.30 petang, badan ku letih dan terlelap....

    p/s : entri sambungan "Happy Oh Happy" sedang mengumpul material..jadi tunggu tau..

    post signature

    Thursday, February 11, 2010

    :: Happy and Happy ::


    Hari ini aku ditugaskan oleh bos untuk menjadi pencatit minit Mesyuarat MPPP, aku betul2 teruja + penat, why? Sejak semalam, aku cuba siapkan bahan2 untuk mesyuarat hari ini, akhirnya diterima dan disahkan, kira ok 2, aku dah letih sangat, + plak mood nak balik kampung nie, tetapi nya ada sebahagian kecil belum dihantar kepada pihak atasan, aku cuba selesaikan untuk esok, hm ESOK sepatutnya aku pi Shah Alam untuk menerima lawatan kerja TKP agensi aku, sebagai second bos wajib pergi nie, wei kira point jgk nie, aku dah kira2 dalam kepala otak aku, nak pakai baju Melayu kaler aper, and then pas solat Jumaat terus naik komuter ke Tg Malim, pas 2 aku habaq kat bos pasal "autograph" untuk ESOK, bos bagi arahan, "En. K, esok awak jaga ofis, sekali autograph tau", pas 2 abis angan2 aku, hehehe, kemudian aku buat plan baru, last2 aku mintak member antar aku terus ke KHAR petang esok, kemudian aku SMS kat puteri kiut, bagitahu perubahan plan, selesai satu masalah, ESOK jugak aku kirim surat2 penting ke Shah Alam, thank you En Rasik...So malam ESOK aku balik kampung naik bas dengan orang yang aku sayang, Na !!!

    p/s : Kenapa aku happy sangat balik kali nie? nak tahu, tunggu next entry....
    post signature

    Tuesday, February 9, 2010

    :: Why I Like It Longer ::

    Hari ini aku ade kelapangan masa membaca blog jiran, salah satunya entri mengenai "Why I Like It Longer", terlalu banyak entri ini di dalam blog jiran2, rupanya contest untuk glitterati Nuffnangers, hadiahnya LG Chocolate, kira banyak bagus itu, kemudian aku pi jenguk Nuffnang blog tulis pasal contest ini, diaorang kata entri Bahasa Melayu pun boleh masuk, tak semestinya dalam English, aku just memcuba nasib, aku x berapa minat untuk mendapat hadiah itu, cuma 1 idea untuk entri kali ini.

    Di sini aku pilih satu perkataan "Panjang", dulu2 time kecil kite panggil orang tinggi "Panjang" kan, bila aku lihat photo kat Nuffnang blog, situ tulis "the Supermodel of Phone", senang citer panggil telefon panjang la, lagi2 namanya "Chocolate", macam bar Chocolate, hehehe, jadi aku gabungkan perkataannya "Panjang macam Chocolate".

    Akhirnya....

    Kenapa Aku Suka Ia Panjang atau Tinggi?

    post signature

    Friday, February 5, 2010

    gymkhana @ autokhana


    Kawan2, nie macam best jer

    boleh try nie

    location : ..........?????



    Tuesday, February 2, 2010

    :: Cari Pasal version 2.0 ::

    Dalam pukul 9.25 pagi tadi, akhirnya kereta Myvi kesayangan aku tak comel doh, terlibat kemalangan , salah sebuah Myvi aku, oh TIDAK, tak comel kereta aku nie, teruk jugak bagi aku (tapi orang lain kata tak teruk), yang bagusnya aku langsung tiada rasa terkejut, mungkin 'mind blank' ada la, so aku dah buat report dan diambil keterangan di balai polis yang berhampiran, aku pusing balik ke Sungai Besar, mood pagi tadi mau pi meeting ilang terus, terima kasih kepada Nordin, Wak Toi dan Fauzee sebab teman aku kat Balai tadi, ye la berlanggar dengan kereta Cina, memang payah, pasti kene himpit dengan tauke2 bengkel, mujurlah kawan2 backup tadi, apa2 pun aku sihat, tiada cedera, tapi kereta aku la, kene antar bengkel, claim insuran lagi, minggu depan mau balik kampung, ok lah itu cerita aku yang x berapa elok untuk sekian hari nie...

    sejurus selepas kemalangan

    Myviku tak comel doh

    kemek kereta aku

    post signature

    Monday, February 1, 2010

    Jalan2 Cari Pasal

    Tarikh hari ini, 1hb Februari, 2010, aku banyak betul cari pasal dengan orang lain, betul la, aku x larat nk bertopeng setiap hari, sekali aku cari pasal, semua topeng orang lain terbuka, padahal topeng itu dah siap gam pada muka masing2, aku tahu topeng aku banyak ade koyak nyer, tapi aku cukup (betul ker) menjahit atau menampal topeng itu, tapi orang masih nampak koyakan topeng itu, entahlah, aku nie terlalu berlembut sangat orang lain ataupun aku memang tak sedar benda itu terlalu banyak bersarang kat sini, kalu bab cari pasal nie, hati aku betul2 keras (sebetulnya ia lembik, kene potong, tumbuh balik), akan tetapi kepala otak aku pasti mengalami seksa paling kuat, even Prof X (ala cerita X-Men itu) tak boleh baca dalam pale otak aku, heheheh, memang betul sekarang nie aku betul2 cari pasal dengan manusia di sekeliling aku, tak kisah dia sblah aku ker, ataupun kat kamapung aku, even saper2 yang kenal aku, jiwa aku betul2 merana (macam tajuk lagu jer), perlu kah aku menghadapi itu semua, sepatutnya bulan nie memberi kegembiraan kepada aku tapi aku langsung tak merasa apa2 pun, pedih sangat2, otak aku sentiasa berfikir tapi tak melaksana pun apa aku fikirkan, betul la, cipta masalah lebih senang daripada selesaikan masalah kan, entah lah, aku sendiri tak tahu, kadang2 aku betul bosan apa terjadi sekarang, apa2 pun hidup mesti diteruskan..

    p/s : aku menunggu komen yang ke 10, sekiranya tak mencapai angka ke 10, saya tutup blog saya....

    post signature

    Friday, January 22, 2010

    Dua Hari





    Jam 10.00 malam 20hb Januari 2010
    Aku baru sampai rumah, letih + penat dari pukal bagan terap, buka pintu kereta, aku ternampak satu kad oren tergantung di ampaian (rajin plak posmen ambil penyepit terus gantung kad itu), rupanya kad suruh ambil surat bungkusan pos kat pos office, dalam fikiran aku masa itu "surat saman speed track, surat saman speed track lagi, surat saman speed track lagi dan lagi," aku ambil kad dan simpan dalam kereta.


    Jam 11.00 pagi 21hb Januari 2010
    "Bos, ada surat nama bos." anak buah aku panggil sambil lempar surat atas meja aku. Aku terus buka surat dan di dalamnya tertulis macam ni "PANDU LAJU DI KM 59 JALAN T/INTAN - KLANG, LAJU DIKESAN : ** KM/J, HAD LAJU : ** KM/J, LEBIHAN LAJU : 33 KM/J". Ini surat saman speed track, tapi yang kad sampai rumah apa dia plak, aku keliru plak...


    Jam 3.00 petang hari yang sama
    Aku pergi singgah Pejabat Pos Sabak Bernam, masuk dalam pi kaunter terus,"Cik, saya nak ambil surat" sambil hulur kad kat kerani kaunter, "Tunggu sebentar", dia hantar dalam dan pas itu seorang posmen keluar bungkusan sambil sebut nama aku, aku terus mengiyakannya, dia tengok aku atas bawah, "Mintak sign en", aku terus sign dan terus ambil bungkusan tersebut, aku pun tengok nama dan alamat pengirim seperti bawah nie...




    Aku terus garu kepala, bila masa aku masuk contest 2012 - Gempak 244 nie ?, puas aku memikirkannya, last2 aku balik rumah, cari majalah Gempak 244 yang lepas, belek punya belek majalah, rupanya contest SMS film 2012, menang juga aku, kira berbaloi nie (3 kali tgk cinema, 1 kali kat rumah), kat situ ada hadiah pertama, kedua dan ketiga, la aku ingat aku dapat saguhati jer, first time menang kan, so aku buka bungkusan pos aku ambil siang tadi, jeng jeng jeng hadiahnya adalah........




    TERIMA KASIH GEMPAK
    post signature