Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Friday, July 23, 2010

    One Manga & Komik Malaysia

    Originally Posted by Zabi on the main site
    It pains me to announce that this is the last week of manga reading on One Manga (!!). Manga publishers have recently changed their stance on manga scanlations and made it clear that they no longer approve of it. We have decided to abide by their wishes, and remove all manga content (regardless of licensing status) from the site. The removal of content will happen gradually (so you can at least finish some of the outstanding reading you have), but we expect all content to be gone by early next week (RIP OM July '10).

    So what next? We're not really sure at this point, but we have some ideas we would like to try out. Until then, the One Manga forums will remain active and we encourage all of you to continue using them. OMF has developed into a great community and it would be a shame to see that disappear.

    Regardless of whether you stay with us or not, on behalf of the One Manga team, I would like to thank you all for your unwavering support over the years. Through the ups and downs you have stuck with us, and that is what kept us going.

    As a certain Porky was fond of saying... That's all folks!

    Time for me to go lay down and let this all sink in.
    - Zabi

    Sebenarnya aku sedih sangat nie, minggu ini adalah minggu terakhir aku membaca sambungan manga terbaru, live dari Jepun, masih panas2 lagi, lagi2 Bleach, Naruto dan paling aku layan One Piece, OMG aku nak cari mana sambungan manga2 tersebut, help me. Apa2 pun aku masih support One Manga. Aku start layan One Manga hampir 2 tahun, setiap petang Jumaat, pasti aku tunggu One Manga update 3 manga tersebut, miss one week, mcm x leh keje untuk minggu depan, hahahaha. Oleh itu sokong lah industri komik Malaysia selepas ini.

    ADIOS

    KOSONG

    MERAH

    HIJAU

    PUTIH

    MANA SATU PILIHAN AKU SEKARANG

    Friday, July 2, 2010

    Sebulan Aku Tak Buka Blog Aku

    Sebulan, aku tak coretkan dalam blog ini. Aku sebenarnya tiada mood dan kesempatan untuk kemaskini blog ini. Akan tetapi banyak peristiwa dan aktiviti yang berlaku sepanjang bulan Jun yang lepas. Mungkin aku mengambil beberapa aktiviti yang penting sahaja. Lagipun aku tak menyelitkan gambar-gambar untuk menyedapkan cerita aku yang sudah basi ini. ( SE C902 mengalami kerosakan, sudah dibaiki tetapi kembali rosak, aku rasa lepas baiki sekali lagi, aku nak jual la)

    Majlis Perkahwinan Kakak Aku (06 Jun 2010)
    Aku telah mengambil cuti selama 10 hari untuk menguruskan majlis ini ( kawan-kawan aku kata mcm aku yang kahwin, hahaha). Seperti biasa, aku kat sini bertindak runner majlis. Aku rasa kereta aku habis aku lanyakkan, ke situ ke sana, jadi pemandu merangkap bodyguard kakak aku, penat tapi aku gembira. Ini pun adalah tanggungjawab aku terakhir terhadap kakak aku sorang, menjadi wali pernikahan kakak dengan abang ipar aku. Tak nafikan, pernikahan ini telah menyebabkan aku menitiskan air mata, terasa sebak sewaktu jurunikah sedang menjalankan tugasnya, mungkin hubungan aku dengan kakak aku terlalu rapat dari kecil. Lepas ini, aku pasti rindu "pergaduhan" kami berdua, wow jiwang plak aku nie.

    Majlis Sambut Menantu Di Pasir Mas + Shopping Rantau Panjang (08 Jun 2010)
    Kami bergerak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Sebanyak 10 kereta yang terlibat dalam konvoi ini. Kereta aku mcm biasa, duk last sekali, bukan apa pun, takut ade yang tertinggal. Akan tetapi, ada juga yang tertinggal, kak na aku siap call aku, tanya mana rombongan? aku jawab bukan kak na duk depan sekali, rupanya kakak aku sorang berhenti beli makanan untuk amzar, tak pasal2 aku memperlahan kereta aku untuk Viva Along catch-up to my car. Akhirnya konvoi ini sampai dalam pukul 1 petang. Macam biasa, aku pi makan dulu. Tengah syok makan, terkejut terdengar 3 kali das tembakan ke udara, rupa-rupanya adat kampung kat situ apabila menerima menantu baru kat kampung. Sangat unik. 

    Selesai sahaja majlis tersebut, kami semua bergerak ke Rantau Panjang, tak jauh pun, dalam 8 km jer. Di Rantau Panjang, aku follow Kak Ya + Abg Jais, sempat jugak pi tgk Sungai Golok. Aku cuma beli cermin mata gelap yang harganya RM 9. Dah selesai shopping, kami bergerak dari c2 dalam kul 5.30 petang, akan tetapi kereta aku terpisah dengan konvoi utama dan aku mengambil keputusan bergerak sendiri pulang K.Trg. Dalam perjalanan pulang, aku singgah Masjid Bejing, pembinaannya menyerupai sebuah tokong Cina, dan salah satu menara masjid tertulis 99 Nama Allah, sungguh indah rekabentuk. Aku sampai rumah dalam pukul 11.00 malam tetapi rumah berkunci kerana kunci oleh kakak aku (konvoi utama sampai kul 12.30 tgh mlm), tertido aku dalam kereta, hahaha.

    Pagi Jumaat di Pantai Batu Burok
    Seperti biasa, pabila aku berada kampung, aku pasti pergi ke Pantai Batu Burok waktu pagi Jumaat. Selalunya aku keseorangan tetapi aku ditemani oleh tunangku buat kali pertama. Semasa aku pi ambik dia kat rumah, abi bertanya kat aku, nak sarapan mana pagi buta ini, bayangkan aku pick-up dia dalam jam 6.30 pagi, mesti parent dia tanya macam2, aku jawab kat warung sebelah Masjid Ladang, nasib baik warung buka ari 2, apa2 pun aku sangat seronok pada pagi tersebut

    H.O.P Selayang (25 Jun 2010)
    MYVIans KL telah membuat sambutan bulan kelahiran Jun di Restoran Air Buah Gelas Besar, aku pun join sekali tapi aku gerak sendiri dari rumah kat sini. So sampai kat sana, serentak sekali dengan budak2 KL, di sana aku dah mula wujud kat sana, apa2 pun aku tetap selamber, akan tetapi ada org kata kat aku, mulut aku tak reti diam, over peramah, hahaha, apa2 pun MYVIans memang sempoi.

    Kursus Pra Perkahwinan di PAIDHS (26 - 27 Jun 2010)
    Kursus ini terlalu lama aku tangguh, akhirnya aku ada kesempatan untuk menghadiri kursus ini. Sepanjang kursus ini, aku sentiasa ketawa mendengar cerita daripada setiap pencermah tetapi ada maksud disebaliknya. Di sini aku berkenalan rakan semeja (istilah baru aku), nama Faiz, berkerja sebagai Pegawai Fizik di HKL, aku dengan bodohnya tanya soalan ini, kerja apa 2? dia menjawab, mengurus peralatan hospital, tetapi aku masih tak faham apa tugasnya, apa2 pun aku seronok bersembang dengan dia + tunang dia, aku melihat diaorang sebagai pasangan ideal tetapi bila aku tanya tunang dia keje kat mana? keje sebagai lecture kat USM, dan aku terpikir mcm mana kehidupan diaorg selepas menikah nanti? jeng jeng jeng.

    DAH ABIS PUN...