Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Monday, September 5, 2011

    Selamat Tinggal Semua

    Selamat Tinggal Semua

    Thursday, July 7, 2011

    Nak Post Apa Lagi

    Aku Malas Nak Post Apa-apa Pun Ok

    Wednesday, June 15, 2011

    Salam Pengenalan Oleh Hacker Anonymous


    Laman web cidb.gov.my telah dilawati oleh hacker Anonymous dan telah diberi salam pengenalan dengan 3 2 tanda serangan. Nampak gaya diaorg mcm bersungguh-sungguh memulakan serangan pada esok harinya tepat 3.30 pagi. Apa2 pun kerajaan Malaysia kene bersiap-sedia dengan serangan siber ini. Harap2 ada "Panglima" mengetuai pertahanan serangan siber ini. Sama2 kita berdoa dan wait and see apa terjadi esok pagi.




    Friday, June 10, 2011

    Hari Ke-3 Pembukaan Rasmi Big Apple Di Giant Kuala Terengganu





    Wednesday, April 13, 2011

    Update Untuk Sekian Lama Tak Update

    Salam

    Aku lama tak kemaskini blog aku

    Aku Malas

    Aku Busy Sebenarnya

    Aku Buat................


    Aku Gerak Dulu k

    Monday, March 21, 2011

    "My Bonda" YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat

    Assalamualaikum. Dengan penuh rasa dukacita saya memaklumkan bahawa Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1 pagi semalam di Hospital Seri Kota, Klang. Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu di antara tahun 1979 hingga 1998. Jenazah baginda akan disemayamkan di Astaka Khas DiRaja, Istana Maziah untuk memberi laluan kepada Raja-Raja serta Raja-Raja Perempuan Melayu memberikan penghormatan terakhir sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu pada jam 3 petang ini di mana makam yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

    Almarhumah Tengku Ampuan Bariah merupakan Bonda Tiri kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Jika dilihat,hubungan kekerabatan Tengku Ampuan Bariah meliputi seluruh kerabat melayu kerana Almarhumah baginda merupakan Bonda saudara DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan adik-beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

    Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

    Menurut apa yang dilaporkan, Almarhummah menghadiri Majlis di sebuah hotel dan terjatuh di tempat kejadian serta mengadu sesak nafas. Kemangkatan baginda sesungguhnya merupakan kehilangan besar kepada rakyat Terengganu kerana kapasitinya sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dulu .Saya daripada usia kecil dahulu secara peribadi amat menghormati dan mengenali almarhum kerana baginda mempunyai sifat-sifat yang cukup terpuji dan baginda sentiasa low profile walaupun merupakan kerabat diraja dan berkahwin dengan Sultan Terengganu. Saya sangat sedih mendengar khabar sedih kerana baginda sentiasa memanggil bukan nama sebenar saya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh baginda sentiasa dicucuri rahmat,mendapat pertolongan dan syafaat.Amin

     Al-fatihah Patik Tuanku.


    Merafak Setinggi-Tinggi Takziah dan Perasaan Duka Cita atas Kemangkatan
    Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Terengganu
    Semoga Roh Baginda dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang mendapat Makfirah.

    ********

    Monday, February 7, 2011

    UFO di Sabak Bernam?


    Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

    Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

    Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

    “Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

    “Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    - KOSMO!

    p/s : Aku copy artikel nie sbb kejadian nie dekat sangat dengan umah aku nie, hehehe

    Wednesday, February 2, 2011

    [Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak (copy from blog ariffshah.com)



    [Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.
    Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
    Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
    Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
    Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
    Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
    Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
    Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
    Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
    Atau melalui:
    Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
    Twitter: DyyaDizarch
    Blog: Nadia-ism
    YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
    Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
    - Nadia
    So what can you do now?
    1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
    2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
    3. Share this on Facebook.

    Monday, January 3, 2011

    Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri

    Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

    Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

    Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
    "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

    Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
    Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

    Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
    "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

    Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

    Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

    Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

    Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

    Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

    Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

    Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

    Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

    Sumber : Artikel iluvislam.com