Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Monday, March 21, 2011

    "My Bonda" YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat

    Assalamualaikum. Dengan penuh rasa dukacita saya memaklumkan bahawa Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1 pagi semalam di Hospital Seri Kota, Klang. Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu di antara tahun 1979 hingga 1998. Jenazah baginda akan disemayamkan di Astaka Khas DiRaja, Istana Maziah untuk memberi laluan kepada Raja-Raja serta Raja-Raja Perempuan Melayu memberikan penghormatan terakhir sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu pada jam 3 petang ini di mana makam yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

    Almarhumah Tengku Ampuan Bariah merupakan Bonda Tiri kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Jika dilihat,hubungan kekerabatan Tengku Ampuan Bariah meliputi seluruh kerabat melayu kerana Almarhumah baginda merupakan Bonda saudara DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan adik-beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

    Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

    Menurut apa yang dilaporkan, Almarhummah menghadiri Majlis di sebuah hotel dan terjatuh di tempat kejadian serta mengadu sesak nafas. Kemangkatan baginda sesungguhnya merupakan kehilangan besar kepada rakyat Terengganu kerana kapasitinya sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dulu .Saya daripada usia kecil dahulu secara peribadi amat menghormati dan mengenali almarhum kerana baginda mempunyai sifat-sifat yang cukup terpuji dan baginda sentiasa low profile walaupun merupakan kerabat diraja dan berkahwin dengan Sultan Terengganu. Saya sangat sedih mendengar khabar sedih kerana baginda sentiasa memanggil bukan nama sebenar saya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh baginda sentiasa dicucuri rahmat,mendapat pertolongan dan syafaat.Amin

     Al-fatihah Patik Tuanku.


    Merafak Setinggi-Tinggi Takziah dan Perasaan Duka Cita atas Kemangkatan
    Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Terengganu
    Semoga Roh Baginda dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang mendapat Makfirah.

    ********