Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Monday, June 29, 2009

    Kahwin

    Perkahwinan bagi kebanyakan pasangan adalah sesuatu yang suci, indah dan abadi. Dari ketika menjalani proses percintaan hinggalah selesai upacara akad nikah adalah sesuatu yang biasa bagi setiap pasangan untuk melihat pasangan mereka sebagai pilihan terbaik.

    Segala yang dilakukan akan dilihat sebagai sempurna di mata pasangan masing-masing. Namun di sebalik semua kesempurnaan ini satu-satunya masalah yang akan menghantui orang lelaki setelah mendapat persetujuan daripada keluarga pihak perempuan untuk 'menyunting bunga di taman' ialah wang hantaran.

    Mungkin ada pihak yang merasakan perkara ini bukan satu bebanan bersesuaian dengan status dan pendapatan yang diperolehi. Apatah lagi bagi pihak keluarga perempuan ia umpama satu "hak eksklusif" dalam menetapkan berapa jumlah wang hantaran sebelum anak gadis mereka berpindah tangan kepada bakal suami.

    Namun kita tidak boleh menafikan bahawa isu wang hantaran ini sering menghantui pasangan sebelum berkahwin.

    Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tetapi ia akan menjadi sesuatu yang membebankan jika keterlaluan. Maka akan kedengaranlah pandangan dan kritikan pedas masyarakat "nak jual anak ke".

    Isu tentang wang hantaran ini bukanlah sesuatu yang baru dan harga yang ditetapkan semakin meningkat bersesuaian dengan keadaan dan realiti semasa kehidupan.

    Dalam membicarakan hal ini penulis teringat gurauan yang diluahkan oleh seorang sahabat yang berpengalaman dalam menguruskan perkahwinan bahawa ia umpama membeli tiket kapal terbang.

    Kebiasaannya harga tiket agak murah dan mampu dimiliki tetapi yang membuat harganya lebih mahal ialah pembayaran tambahan akibat terpaksa membayar cukai airport, pengurusan dan surcaj. Ini yang membuatkan penumpang terpaksa memilih dan berkira sebelum membuat keputusan.

    Situasi ini yang terpaksa dihadapi oleh para pengantin lelaki apabila terpaksa membayar wang hantaran yang mahal padahal wang mas kahwinnya hanya berapa sangat.

    Oleh itu ramailah lelaki yang terpaksa kahwin lewat akibat terpaksa mengumpul wang dan mengikat perut sebelum dapat melampiaskan hajat yang tersimpan sejak sekian lama.

    Dari segi hukumnya pembayaran wang hantaran bukanlah sesuatu yang perlu namun kerana menghormati adat dan tradisi kita sebagai orang Melayu maka perkara seperti hantaran dan persandingan lebih menjadi perhatian.

    Dan secara umumnya wang hantaran ini diberikan kepada pihak pengantin perempuan sebagai tanda pemberian ikhlas yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengurus kerja-kerja persandingan.

    Apatah lagi urusan persandingan dari pakaian pengantin hinggalah makan minum jemputan melibatkan perbelanjaan yang agak besar memandangkan tradisi menanggah dan tolong menolong ketika majlis perkahwinan semakin pupus.

    Maka perbelanjaan perkahwinan yang agak besar ini bersesuaian dengan kemeriahan yang dialami ketika majlis pernikahan dan persandingan berlangsung.

    Secara puratanya kadar wang hantaran pada masa sekarang ialah sekitar RM8,000 hingga RM10,000. Dan berdasarkan keadaan ekonomi dan kemakmuran negara ini ia mungkin dianggap munasabah.

    Namun jika dikira semula termasuklah perbelanjaan kenduri di kedua-dua belah pihak, jumlah meningkat sehingga sekitar RM12,000 hingga RM20,000. Pastinya jumlah itu dianggap agak membebankan dan ramai lelaki terpaksa mengeluh sebelum berkahwin.

    Bagi kebanyakan eksekutif muda yang berpendapatan sekitar RM1,800 hingga RM2,500, untuk menyimpan wang hantaran seperti yang disebutkan di atas mungkin tiada masalah tetapi ia pastinya mengambil masa sekitar dua hingga lima tahun.

    Ditambah pula dengan bebanan dan kos hidup di ibu kota yang semakin meningkat akhirnya ramai lelaki terpaksa kahwin lewat malah ia dilihat semakin menjadi trend kebelakangan ini.

    Maka jalan terbaik dalam menyelesaikan keserabutan ini ialah dengan membuat pinjaman bank.

    Pinjaman

    Hendak disalahkan pihak bank tidak boleh kerana ia adalah sebahagian dari hukum perdagangan untuk mencari keuntungan. Mereka ini senantiasa melihat peluang dalam kekusutan. Sebarang peluang yang boleh menguntungkan pastinya tidak akan mampu ditolak oleh perusahaan perbankan.

    Oleh itu hendak atau tidak kebanyakan lelaki yang mahu berkahwin terpaksa membuat pinjaman dan turut terbukti bagi pihak bank bahawa bentuk perniagaan ini sangat menguntungkan.

    Yang menjadi kebimbangan, apabila ia menjadi satu ikutan sehingga hantaran perkahwinan semakin meningkat di luar kebiasaan dan mencecah ratusan ribu.

    Bagi mereka yang mampu mungkin tidak ada masalah dan ia dianggap sebagai pemberian ikhlas. Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah sukar untuk memenuhi permintaan pihak pengantin perempuan jika wang hantarannya mencecah puluhan ribu ringgit.

    Jika kita perhatikan beberapa ketetapan dan alasan sering digunakan dalam menetapkan wang hantaran ini. Seperti yang dikatakan tadi penetapan wang hantaran kebanyakannya merupakan hak eksklusif keluarga pengantin perempuan.

    Walaupun mungkin beberapa perbincangan dilakukan dalam menetapkan wang hantaran antara pihak kedua-dua bakal mempelai namun keputusan akhir akan tetap diputuskan oleh pihak perempuan. Maka pada kebiasaannya harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria.

    Kriteria pertama terletak kepada pengaruh keluarga pengantin perempuan. Jika pihak perempuan "mata duitan" maka mahallah duit hantaran yang perlu dikeluarkan. Kita tidak boleh menafikan terdapat segelintir ahli masyarakat yang masih berfikiran begini semata-mata untuk meraih keuntungan hasil dari perkahwinan yang akan berlangsung. Sikap sebegini pastinya akan membuatkan masyarakat memandang serong terhadap pihak keluarga serta merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.

    Kriteria kedua ialah tahap akademik pengantin wanita itu sendiri. Semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut semakin mahal wang hantarannya.

    Kriteria ketiga ialah paras rupa wanita yang bakal disunting. Walaupun perkara ini agak subjektif kerana kecantikan seseorang wanita dinilai berbeza oleh lelaki berdasarkan cita rasa dan kehendak peribadi namun ia merupakan antara kriteria penting dalam penetapan wang hantaran. Semakin cantik dan 'bergetah' seseorang wanita itu semakin tinggilah harga yang perlu dibayar.

    Kriteria terakhir dalam hal ini ialah jenis pekerjaan dan pendapatan bulanan yang diterima. Pastinya pekerjaan seperti doktor, akauntan dan jurutera dibayar gaji yang mahal, oleh itu jumlah wang hantaran turut meningkat.

    Berdasarkan kriteria di atas adalah jelas kenapa harga wang hantaran agak sukar dikompromi oleh pihak perempuan.

    Secara peribadi hantaran perkahwinan tidaklah perlu terlalu menekan sehingga menjadi beban kepada pasangan pengantin. Ada yang berpandangan supaya wang hantaran ini perlu dikongsi antara kedua mempelai bagi mengelakkan bebanan keterlaluan kepada pengantin lelaki.

    Mungkin ada baiknya saranan sebegini namun jika wang hantaran ditetapkan lebih rendah ia pastinya lebih melegakan semua pihak.

    Perlu difahami wang hantaran ini ditetapkan bagi keperluan pihak perempuan mengendali majlis persandingan sebelah mereka. Semakin meriah majlis perkahwinan semakin tinggilah wang hantaran yang perlu dikeluarkan.

    Oleh itu cara terbaik untuk mengatasi masalah wang hantaran tinggi ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama.

    Hantaran dimaksudkan sebagai hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami, iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan perkahwinan itu. Hantaran tidak wajib tetapi mengikut hukum adat hukumnya harus.

    Manakala mas kahwin disebut sebagai mahar adalah hak/harta isteri yang wajib suami serahkan kepada isteri untuk menghalalkan pernikahan antara keduanya.

    Maka Islam sendiri menerangkan apa yang perlu diutamakan dalam sesebuah perkahwinan iaitu mas kahwin dan bukannya wang hantaran. Tetapi kerana kepercayaan masyarakat kita yang terlalu berpegang pada adat maka kita lebih mengutamakan wang hantaran yang tinggi daripada kesempurnaan majlis akad nikah.

    Stigma inilah yang perlu diubah oleh masyarakat. Bukan bermaksud untuk menidakkan kepentingan wang hantaran perkahwinan ini namun ia perlulah sekadar termampu dan paling penting keikhlasan.

    Ia perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan tidak membazir semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kepada orang keliling. Perbuatan sebegini hanya menambahkan lagi dosa kita.

    Wang hantaran sememangnya menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk dipenuhi dan jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia umpama persediaan awal seseorang bakal suami untuk menanggung tanggungjawab sebelum memulakan kehidupan berkeluarga.

    Pastinya usaha mengumpul wang hantaran ini mampu mengajar tanggungjawab sebenar si lelaki sebelum bergelar suami yang bakal menanggung isteri dan bakal anak-anak.

    Satu lagi ia pasti turut mengajar mereka bahawa bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.

    Oleh itu jika pada masa depan mungkin terlintas di hati hendak menambah isteri lagi, mungkin mereka akan berfikir lima enam kali, betapa peritnya satu ketika dulu 'mengikat perut' hendak mengumpul wang dan berhutang sebelum akhirnya mampu berkahwin.

    post signature

    Friday, June 26, 2009

    blur sangat hari ini....

    Selepas mesyuarat J/K CERIA pagi tadi, aku pulang ke ofis, aku ingat petang nie masuk boleh la aku nak siap laporan powerpoint untuk mesyuarat pengurusan pada ari isnin nie, tapi aku BLUR sangat hari nie..........

    post signature

    Thursday, June 25, 2009

    Bersyukur & Berdoa

    Syukur, Alhamdullilah...

    post signature

    Perpisahan

    Menginginkan sesuatu yang amat sukar diperoleh bagaikan satu kepuasan tidak terhingga. Namun dalam soal hati dan perasaan, setiap yang didambakan sering menemukan kita dengan harapan palsu, sekali gus kepahitan berterusan.

    Menghadapi perpisahan getir seperti putus kasih, putus tunang bahkan pernah melalui perceraian yang menjadi satu pengalaman pahit dalam hidup, sukarnya untuk bangkit semula sesudah segalanya hancur punah.

    Namun, jangan putus asa atas segala kepahitan yang dilalui itu. Dalam percintaan, percayalah jika anda pernah dikecewakan, pasti akan wujud cahaya baru kemudiannya.

    Cinta muncul secara langsung dan alamiah, namun cinta hidup melalui pemeliharaan. Sesuatu kemusnahan boleh saja berlaku mungkin angkara fitnah, kehadiran orang ketiga bahkan apa saja, biarpun alasannya cukup kecil serta sukar dipercayai.

    Membinanya mengambil masa bertahun-tahun namun runtuhnya hanya dalam sekelip mata. Siapa yang tidak merana bukan?

    Katakan pada diri, mungkin anda belum ditemukan dengan insan yang layak menerima ketulusan cinta anda sepenuhnya. Anggaplah perpisahan dengan yang lama sebagai permulaan untuk suatu permulaan yang lebih indah bahkan lebih bermakna.

    Jangan menyeksa diri dengan menginginkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dibina semula. Kata bijak pandai, cinta bukanlah bara, melainkan api yang keluar dari bara. Pun begitu, anda tega untuk melupakan si dia?

    Berikut panduan yang mungkin dapat membantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau cinta terputus di tengah jalan:

    # Terima hakikat

    Pertama sekali, perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.

    # Melarikan diri

    Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan.

    Cuba pergi ke tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Tetapi jangan pula berkunjung ke tempat di mana anda pernah pertama kali bertemu atau tempat anda selalu mengadakan janji temu kerana khuatir nostalgia lama berputar kembali. Ia tentu sukar bagi anda untuk melupakan si dia sedangkan tujuan sebenar anda adalah melenyapkannya terus kenangannya.

    # Luahkan perasaan

    Luahkan segala resah yang terpendam atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, anda akan dapat menghilangkan tekanan.

    # Jatuh cinta lagi

    Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda. Apabila jatuh cinta pada seseorang sekali lagi, jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta anda tidak diterima. Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.

    Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.

    # Cuba ingat orang lain

    Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya. Sukarnya melenyapkan setiap inci kenangan memang tidak dinafikan.

    Kalau teringatkan si dia, mengapa anda tidak cuba dekat dengan orang lain misalnya ahli keluarga, bekas rakan sekolej yang pernah sama-sama bergiat aktif atau sesiapa saja yang mungkin membahagiakan. Mungkin dengan cara itu, ia akan membuatkan anda kembali bahagia walaupun ia mengambil masa. Yang pasti, belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.

    # Buang saja hadiah pemberiannya

    Bunga, jam, penanda buku, baju, seluar, jaket, novel cinta, bunga, beruang kesayangan, cincin, rantai atau apa saja, jangan disimpan lagi. Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.

    # Berdoa dan bertawakal

    Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya. Berdoalah kepada-Nya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.


    - di petik daripada MY ADHA

    post signature

    Pesta Buku Alaf 21 Kali Ke 6


    Pesta Buku Alaf 21 sudah kembali, kali ke 6,
    datang lah beramai-ramai, pada hujung minggu ini...





    post signature

    Wednesday, June 24, 2009

    Selepas MAT ke 28

    Fuh, leganya selepas menguruskan majlis perasmian MAT ke 28, mungkin ada cacat-celanya tapi so far ia berjalan dengan baik sekali. Selepas ini, aku mulai sibuk dengan musim pemasaran padi, aku kene cross-check projek di bawah seliaan aku, fuh penat. Aku juga memantau dan menyelia kerja-kerja pengapuran sawah padi yang akan dijalankan selepas pemasaran padi, seluas +- 3,000 hektar, luas tu. Aku juga merangka aktiviti-aktiviti berkaitan dengan projek dalam 3 bulan nie, aku berharap segala perancangan akan bergerak sebaik-baiknya, aku cuba kotakan janji-janji dahulu, aku minta tiada aral melintang semasa perjalanan aktiviti tersebut, Insya-Allah...

    post signature

    Tuesday, June 23, 2009

    Pertunangan - satu ikatan suci sebelum perkahwinan

    Pertunangan bertujuan memberi kesempatan kepada lelaki dan perempuan lebih mengenali diri serta keluarga masing-masing, bukan tiket untuk bergaul mesra seumpama suami isteri yang sah kerana perhubungan lelaki dan wanita mempunyai batasan tertentu.

    Oleh itu, bagi pasangan muda mudi yang masih di alam percintaan atau pertunangan perlu menjaga batas hubungan ditetapkan agama. Jika mereka melakukan hubungan seks sebelum bernikah,

    mereka sudah melanggar batasan agama melarang perbuatan zina.

    Berdasarkan hukuman Islam, mereka yang melakukan zina boleh dihukum 100 kali sebat bagi individu yang belum bernikah, dan direjam dengan batu bagi mereka yang sudah bernikah.

    Mereka yang sudah mampu dan bersedia dari segi mental, fizikal serta mempunyai keyakinan daripada aspek ekonomi perlulah menyahut seruan agama untuk bernikah atau mendirikan rumah tangga.

    Amalan menangguhkan perkahwinan atau pernikahan tidak digalakkan Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiga perkara jangan dilewatkan, iaitu solat apabila sampai waktunya, jenazah apabila siap diuruskan untuk dikebumikan dan wanita yang belum bersuami, tetapi sudah ada calon sesuai." (Riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim)

    Larangan menjauhi perbuatan menjurus kepada zina termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan banyak diingatkan dalam firman Allah sebagai dalil yang perlu diberi perhatian disebabkan kesannya yang boleh membawa kehancuran serta masalah besar.

    Antaranya firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan mendatangkan keburukan." (Surah al-Israk, ayat 32)

    Diriwayatkan daripada Abu Bakar, Umar, Ali Jabir bin Abdullah, Abu Sanid Al-Khudri, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, Buraidah al-Aslam, bahawa seorang sahabat nabi bernama Masiz dihukum rejam oleh pengawasnya sendiri bahawa ia berzina.

    Begitu juga dua perempuan dari Bani Kakhim dan Bani Khamid yang dijatuhi hukuman rejam di atas pengakuan berzina.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah kamu menahan pandangan mereka serta memelihara kemaluan mereka." (Surah an-Nur, ayat 31)

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak akan berbicara dengan Allah pada hari kiamat, dan Allah juga tidak akan memandang mereka dan akan mendapat azab yang pedih iaitu, lelaki tua yang berzina, pemimpin yang berbohong dan orang miskin yang sombong." (Hadis riwayat Muslim)

    Banyak lagi dalil memberi amaran serta mengingatkan umat Islam supaya menjauhi zina. Ini perlu diingatkan dan didedahkan kerana dapat dilihat budaya masyarakat hari ini, majlis tunang ibarat majlis pernikahan.

    Jika dulu, majlis pertunangan hanya dihadiri ahli keluarga atau wakil pihak lelaki untuk berbincang dengan keluarga perempuan, tetapi hari ini si jejaka turut hadir sama, malah bergambar dalam suasana menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

    Majlis pertunangan kini berubah seakan majlis persandingan apabila kedua-dua lelaki dan perempuan yang hanya baru diikat dengan kata janji untuk disatukan, dibenarkan duduk bersebelahan sambil disaksikan keluarga.

    Mungkin restu yang diberikan ahli keluarga menyebabkan pasangan bertunang lupa akan batasan yang perlu dijaga hingga ada yang setiap hari berjumpa malah, ada juga yang dibawa pulang untuk bermalam di rumah ibu bapa.

    Sebagai pihak yang bertanggungjawab, ibu bapa sepatutnya membimbing pasangan yang bertunang supaya menjaga hubungan itu mengikut syariat agama sehingga mereka sah disatukan sebagai suami isteri kerana tempoh bertunang ialah masa untuk mereka memahami satu sama lain.

    Jika dilihat, pasangan bertunang agak bebas dalam pergaulan, sebaiknya ibu bapa serta keluarga menyegerakan upacara pernikahan kerana itu lebih baik daripada membiarkan mereka terus terjebak dengan tingkah laku menyalahi ajaran agama.

    Agak menyedihkan apabila tingkah laku anak muda hari ini tidak dipedulikan ibu bapa yang menganggap adalah sesuatu yang biasa untuk membenarkan mereka sering berjumpa atas alasan supaya lebih mengenali.

    Sudah diberi amaran jelas akan perkara itu dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu berseronok-seronok atau berdua-duaan dengan wanita, kerana yang ketiga itu adalah syaitan." (Hadis riwayat at-Tabrani).

    Seriusnya supaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan hubungan intim lelaki dan wanita, Rasulullah SAW bersabda bermaksud yang bermaksud: "Lebih baik seseorang lelaki berdekatan dengan binatang bernajis yang berlumuran lumpur daripada ia berdekatan bahunya kepada wanita yang tidak halal baginya." (Hadis Riwayat at-Tarbrani).

    Hormati ikatan pertunangan dengan menjadikannya sebagai janji murni ke arah memenuhi Sunnah Rasulullah SAW untuk membina keluarga yang dilimpahi perasaan kasih sayang dan kesejahteraan.

    post signature

    Monday, June 22, 2009

    ketuk keyboard lagi .....

    Ari nie, aku kembali berkerja seperti biasa, ambik holiday yang lama di kampung, aku ingat kat kampung, boleh lah aku nk bt aktiviti mcm biasa bila pulang kat kamapung nie, tapi aku jatuh sakit (deman la), x bangun 2 hari tau, tapi takper, aku sempat makan cucur undang (my fevret aku), sampai jer kat trg, terus aku pi pasar chabang, beli RM 2, banyak 2, sampai umah, aku pulun2 abis-abisan, heheheheheh, aku gembira berada di kampung, ilang my prob everthing, tapi balik sini plak, bertimbun-timbun masalah yang datang, walau pun aper berlaku nanti dan akan datang, think different !!!!


    post signature

    Sunday, June 14, 2009

    rest my mind for week

    Selama seminggu aku terlalu banyak gerak, terasa letih satu badan, mujur aku mintak cuti, boleh relaks my mind, aku masih mencari jawapan tapi tapi aku x blh, kpd my reader, thanks your komen...

    post signature

    Sunday, June 7, 2009

    posting my sign

    nie saje mencuba-cuba ilmu baru...

    post signature

    Friday, June 5, 2009

    kesibukan ke tahap merapu,,,,

    Bermula esok, jadual aku betul2 penuh. Kalu x percaya, lihat jadual di bawah >>>>

    6hb : Pagi >>> Pergi servis kereta (memang patut servis pun sbb nk bergerak spjg minggu depan)

    Tghari >>> Pi kenduri kahwin ( 3 tempat tau)

    Petang >>> Jumpa Dato' Pengerusi (minta tandatangan)

    Malam >>> Aper lagi, tido la ..........

    7hb : Pagi >>> Duk kat opis (siap aper patut)

    Tghari >>> Jumpa Bos (bincang pasal keje la)

    Petang & Malam >>> Tido atau apa2 aje la

    8hb & 9hb : Menghadiri kursus pembangunan website di Kuala Lumpur

    10hb & 11hb : Menghadiri kursus penyiasatan di Kuala Selangor

    12hb : Mengiringi ahli J/k teknikal landskap bumi hijau

    13hb - 21hb : Bercuti (yahoo !!! thank you, bos)

    22hb - 23hb : Mem'busy'kan diri untuk persiapan MAT

    24hb : MAT ke-28

    pas 2 x tahu lagi aper nk jadi..... (memang kesibukan tahap merapu...)

    Tuesday, June 2, 2009

    kejadian stadium sultan mizan a.k.a stadium gong badak : satu kebenaran bakal terbongkar

    Aku cuma bagi pendapat atas terjadi di kuala terengganu, amnya kawasan gong badak, stadium yang berusia satu tahun telah memyembah ke muka bumi, mungkin hanya sebahagian yang runtuh, tapi yang menarik perhatian aku di mana bahagian yang runtuh ( pentas utama dan diraja), mana2 kita pergi stadium, tak kisah Bukit Jalil atau Shah Alam, pasti mata kita terarah ke main stage stadium, ibarat nyawa kepada sesuatu stadium, mungkin pada siasatan masih berjalan atas kejadian tersebut.

    Terima kasih warga blogger yang berdekatan kawasan kejadian membuat liputan terutama Are'Ja (gambar lagi real) yang sanggup drive dalam kesesakan untuk shoot gambar, bak dalam entry blog Are'Ja (credit to her) ...

    "Iktibar Buat Ahli Politik dan KOntraktor,
    Bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak Runtuh.."

    PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA SEMPENA SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) TAHUN 2009

    LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG

    PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA SEMPENA SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) TAHUN 2009

    Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan mencipta tema baru sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2009 yang akan diadakan pada 6 – 16 Ogos 2009 bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

    KRETERIA TEMA.
    Tema yang dicipta hendaklah berasaskan tugas dan peranan peladang, penternak dan nelayan dalam memajukan sektor pertanian selaras dengan hasrat Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam konteks ‘One Malaysia’, kebajikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

    SYARAT PENYERTAAN.
    i. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
    ii. Tulisan tema hendahlah bersaiz 20 dan jenis “font” adalah “Arial”.
    iii. Tema hendaklah baru dan asli.
    iv. Jumlah penyertaan tema adalah terhad kepada satu penyertaan sahaja.
    v. Setiap penyertaan hendaklah disertakan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat dan No. Telefon bagi tujuan dihubungi sekiranya berjaya.
    vi. Setiap tema hendaklah dikemukakan bersama keterangan tema.
    vii. Tema yang terpilih sebagai tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2009 akan menerima hadiah sebanyak RM 1,000.00.
    viii. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Jun 2009.

    KEPUTUSAN.
    Calon-calon yang tidak menerima sebarang maklum balas daripada sekreteriat hendaklah dianggap tidak berjaya dan keputusan panel juri adalah muktamad.
    Hantar penyertaan anda kepada:
    Ketua Pengarah
    Lembaga Pertubuhan Peladang
    Blok C Utara
    Pusat Bandar Damansara
    50460 Kuala Lumpur
    (u.p : Bahagian Hal Ehwal Korporat)