Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Sunday, February 21, 2010

    :: Perjalanan Sehari Pada 20hb Februari 2010 ::

    Sesudah mengerjakan solat subuh, dalam jam 6.45 pagi aku terus bergerak ke Tanjung Malim melalui jalan Sungai Panjang (jalan pintas sebenarnya) untuk menaiki Komuter ke KL Sentral, sebenarnya Myvi aku belum dibaiki lagi masa kemalangan, tapi boleh bawa lagi, jadi aku bercadang parking MyVi kat Stesen Komunter Tg Malim, lgpun terus ke KL Sentral sambil membaca dalam Komunter.


    Aku sampai Tg Malim jam 8.00 pagi, terus ke kaunter tapi tiada orang (mungkin pergi sarapan), aku garu kepala sekejap,"Mana nk beli tiket nie, nak cepat nie", aku pun terpandang mesin tiket layan diri, wow mesin dah canggih sekarang, touch screen (lupa plak shoot gambar masa itu, nak cepat), senang dan mudah, sampai seorang pakcik itu tanya aku macam mana nk pakai mesin tiket itu, aku ajar dia jap, pas 2 aku tunggu tren sambil baca info bahawasanya tren bergerak dr Tg Malim jam 8.50 pagi, APA? 8.50 PAGI, pas 2 kene tukar tren kat Rawang plak, jadi aku meramalkan aku sampai KL Sentral antara jam 10.15 - 10.30 pagi, jadi sepanjang perjalanan Tg Malim-Rawang-KL Sentral, aku selalu tgk jam sambil baca novel Sejarah Islam-Salahuddin bin Ayubi yang ditulis Pak Latip (nie pusingan kedua membaca buku ini).

    tim RAMFC bergambar kenangan sebelum aktiviti 
    (aku takder dalam gambar ini)

    tim RAMFC bergerak masuk ke dalam tren yang padat manusia buku

    aku dalam duniaku...

    Tepat jam 10.30 pagi, tren selamat sampai KL Sentral, aku terus pecut berlari pergi mesin tiket LRT dan terus berlari panjat naik tangga ke platform, sampai kat situ, nampak tim RAMFC masih ada lagi, fuhh lega, sempat lagi join gerakan BACA@LRT ini, sempat bersembang jap, pas 2 tren dari Gombak dah sampai, aku masuk dan duk tengah2 antara dua tren, walaupun agak goyah kat situ, aku sempat membaca 1 bab novel itu, dan dengar suara awek yang luak itu "Stesen berikutnya Taman Jaya, next station Taman Jaya", dah sampai rupanya, masa keluar dari tren ini adalah waktu kritikal kerana stesen ini bukan seperti KLCC dan Masjid Jamek, masa buka pintu sekejap jer, orang masih berduyun-duyun keluar, pintu tren dah bunyi dan nak tutup, apa lagi berlari keluar masing2, seingat aku 2 kali pintu itu nak tutup tapi tak boleh, kali ketiga ia berjaya tutup pintu (terima kasih RapidKL) dan terus bergerak...

    group photo......

    Kemudian ada sedikit taklimat oleh pihak penganjur, dan photo group dan acara mengambil borang, kemudian aku dan tim RAMFC bergerak Amcorp Mall, pi singgah BookXcess untuk hantar borang dan dapat 'book thong', aku mintak Ultraman tapi jumpa Sinchan, kira ok itu, aku round jap dalam kedai itu tapi orang terlalu ramai, tak selesa sangat, aku terus lepak depan pintu masuk dengan tim RAMFC, masa itu ada interview bersama ASTRO Awani, dan aku terus jadi "jurucakap bidan terjun" bg pihak tim RAMFC masa interview itu, segan plak, tapi aku jenis selamber jer...jadi aku promote skit nama RAMFC dan abg RAM,kemudian perut dah lapar, terus lepak McD...

     aktiviti makan-makan...

    Jam 1.15 tim RAMFC berpecah ke haluan masing2, aku plak balik Tg Malim la, singgah pasar malam Tg Malim, beli apam balik dan nasi kerabu dan aku gerak balik Sungai Besar dan sampai jam 6.30 petang, badan ku letih dan terlelap....

    p/s : entri sambungan "Happy Oh Happy" sedang mengumpul material..jadi tunggu tau..

    post signature

    Thursday, February 11, 2010

    :: Happy and Happy ::


    Hari ini aku ditugaskan oleh bos untuk menjadi pencatit minit Mesyuarat MPPP, aku betul2 teruja + penat, why? Sejak semalam, aku cuba siapkan bahan2 untuk mesyuarat hari ini, akhirnya diterima dan disahkan, kira ok 2, aku dah letih sangat, + plak mood nak balik kampung nie, tetapi nya ada sebahagian kecil belum dihantar kepada pihak atasan, aku cuba selesaikan untuk esok, hm ESOK sepatutnya aku pi Shah Alam untuk menerima lawatan kerja TKP agensi aku, sebagai second bos wajib pergi nie, wei kira point jgk nie, aku dah kira2 dalam kepala otak aku, nak pakai baju Melayu kaler aper, and then pas solat Jumaat terus naik komuter ke Tg Malim, pas 2 aku habaq kat bos pasal "autograph" untuk ESOK, bos bagi arahan, "En. K, esok awak jaga ofis, sekali autograph tau", pas 2 abis angan2 aku, hehehe, kemudian aku buat plan baru, last2 aku mintak member antar aku terus ke KHAR petang esok, kemudian aku SMS kat puteri kiut, bagitahu perubahan plan, selesai satu masalah, ESOK jugak aku kirim surat2 penting ke Shah Alam, thank you En Rasik...So malam ESOK aku balik kampung naik bas dengan orang yang aku sayang, Na !!!

    p/s : Kenapa aku happy sangat balik kali nie? nak tahu, tunggu next entry....
    post signature

    Tuesday, February 9, 2010

    :: Why I Like It Longer ::

    Hari ini aku ade kelapangan masa membaca blog jiran, salah satunya entri mengenai "Why I Like It Longer", terlalu banyak entri ini di dalam blog jiran2, rupanya contest untuk glitterati Nuffnangers, hadiahnya LG Chocolate, kira banyak bagus itu, kemudian aku pi jenguk Nuffnang blog tulis pasal contest ini, diaorang kata entri Bahasa Melayu pun boleh masuk, tak semestinya dalam English, aku just memcuba nasib, aku x berapa minat untuk mendapat hadiah itu, cuma 1 idea untuk entri kali ini.

    Di sini aku pilih satu perkataan "Panjang", dulu2 time kecil kite panggil orang tinggi "Panjang" kan, bila aku lihat photo kat Nuffnang blog, situ tulis "the Supermodel of Phone", senang citer panggil telefon panjang la, lagi2 namanya "Chocolate", macam bar Chocolate, hehehe, jadi aku gabungkan perkataannya "Panjang macam Chocolate".

    Akhirnya....

    Kenapa Aku Suka Ia Panjang atau Tinggi?

    post signature

    Friday, February 5, 2010

    gymkhana @ autokhana


    Kawan2, nie macam best jer

    boleh try nie

    location : ..........?????



    Tuesday, February 2, 2010

    :: Cari Pasal version 2.0 ::

    Dalam pukul 9.25 pagi tadi, akhirnya kereta Myvi kesayangan aku tak comel doh, terlibat kemalangan , salah sebuah Myvi aku, oh TIDAK, tak comel kereta aku nie, teruk jugak bagi aku (tapi orang lain kata tak teruk), yang bagusnya aku langsung tiada rasa terkejut, mungkin 'mind blank' ada la, so aku dah buat report dan diambil keterangan di balai polis yang berhampiran, aku pusing balik ke Sungai Besar, mood pagi tadi mau pi meeting ilang terus, terima kasih kepada Nordin, Wak Toi dan Fauzee sebab teman aku kat Balai tadi, ye la berlanggar dengan kereta Cina, memang payah, pasti kene himpit dengan tauke2 bengkel, mujurlah kawan2 backup tadi, apa2 pun aku sihat, tiada cedera, tapi kereta aku la, kene antar bengkel, claim insuran lagi, minggu depan mau balik kampung, ok lah itu cerita aku yang x berapa elok untuk sekian hari nie...

    sejurus selepas kemalangan

    Myviku tak comel doh

    kemek kereta aku

    post signature

    Monday, February 1, 2010

    Jalan2 Cari Pasal

    Tarikh hari ini, 1hb Februari, 2010, aku banyak betul cari pasal dengan orang lain, betul la, aku x larat nk bertopeng setiap hari, sekali aku cari pasal, semua topeng orang lain terbuka, padahal topeng itu dah siap gam pada muka masing2, aku tahu topeng aku banyak ade koyak nyer, tapi aku cukup (betul ker) menjahit atau menampal topeng itu, tapi orang masih nampak koyakan topeng itu, entahlah, aku nie terlalu berlembut sangat orang lain ataupun aku memang tak sedar benda itu terlalu banyak bersarang kat sini, kalu bab cari pasal nie, hati aku betul2 keras (sebetulnya ia lembik, kene potong, tumbuh balik), akan tetapi kepala otak aku pasti mengalami seksa paling kuat, even Prof X (ala cerita X-Men itu) tak boleh baca dalam pale otak aku, heheheh, memang betul sekarang nie aku betul2 cari pasal dengan manusia di sekeliling aku, tak kisah dia sblah aku ker, ataupun kat kamapung aku, even saper2 yang kenal aku, jiwa aku betul2 merana (macam tajuk lagu jer), perlu kah aku menghadapi itu semua, sepatutnya bulan nie memberi kegembiraan kepada aku tapi aku langsung tak merasa apa2 pun, pedih sangat2, otak aku sentiasa berfikir tapi tak melaksana pun apa aku fikirkan, betul la, cipta masalah lebih senang daripada selesaikan masalah kan, entah lah, aku sendiri tak tahu, kadang2 aku betul bosan apa terjadi sekarang, apa2 pun hidup mesti diteruskan..

    p/s : aku menunggu komen yang ke 10, sekiranya tak mencapai angka ke 10, saya tutup blog saya....

    post signature