Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter

    Monday, August 23, 2010

    ASPIRASI RAMDHAN SATU MYVians


    Korang nampak tak keretaku yang mana satu? Memang korang tak nampak pun, sebab korang tak kenal kereta aku pun. Apa jadah kereta aku parking kat sini bersama Myvi yang lain, opsss untuk jual, bukan la, kitaorg suka2 parking kat sini, hahaha.

    Sebenarnya, aku join satu program dipanggil majlis makan2 ataupun dalam bulan puasa, digelar Majlis Buka Puasa la. Di anjurkan oleh MYVIans. Aku selalu pergi majlis berbuka puasa tetapi formal tapi majlis buka puasa ini aku kelaskan formal (pasal kene pakai bj melayu + sampin + songkok) & unformal ( ada cabutan bertuah). Kelas gitu, aku pun dapat jugak cabutan bertuah, dapat bekas kuih raya, boleh la aku pakai time raya nanti, hehehe.

    Kitaorg berkonvoi dari CP utama iaitu Dataran Masjid Putra dalam jam 5.30 petang, nak jadi cerita aku mmg lambat sampai kat CP utama kerana berpatah balik mengambil kain sampin aku, giler punya kerja, padahal aku dah sampai kat Jeram ms 2, aku buat U-turn, drive hampir 140 km/j nak cover masa 2, masa 2 jam lebih 3.30 petang, hahaha, apa2 pun aku selamat sampai kat CP utama. Lepak jap sambil bayar duit tol kepada marshall dan mengacau saper2 yang patut.

    Masa berkonvoi, kira smooth jer perjalanan, cuma 1 kemalangan kecil yang berlaku dpn mata aku sendiri, tapi kesian tuan punya kete, abis bercalar kete nya. Apa2 pun konvoi selamat sampai Restoran D’rasa Timur Barat, Kajang, Selangor. Lepak melepaskan lelah sebentar, apa lagi cari lauk la, lauk mmg best, rasanya nak tambah, tapi perut dah sendat pasal pakai baju melayu terlalu hensem, aku x jadi tambah, kalu pakai kain pelikat, 3 pinggan aku menambah, hahaha.

    Dah setel semua bab makan, dah masuk agenda utama, cabutan bertuah ++++, aku pun dapat, jangan jeles korang, tetapi aku nak side sikrit passo, pasal aku punye dah koyak, nanti ade duit lebih, aku pi cari (nada geram nie). Majlis dah selesai lebih kurang 10.30 malam. Aku pun ngantuk, chow balik Putrajaya (umah kakak aku).

    Apa2 pun, tahniah kepada semua yang berkerjasama dalam majlis buka puasa 2010 kali ini, tahun depan entah la sempat atau tak.

    Credit : Pojie (sori aku curi photo ko satu)
               Myvians
               Geng Bikers (Chopper, Superbiker, Custom & Naked Bike) 
               Myvi SE Sliver (Kete aku la)


    - Bersambung-

    Friday, August 20, 2010

    Tension + Boring



    Lama giler aku tak menulis dalam blog aku nie. Bukan apa bila aku tekan new post kat Firefox. Lama giler loading. Last2 aku pasang Chrome. Laju skit, pas 2 forum Myvians buat hal, x leh masuk melalui Firefox @ Chrome, asyik loading jer. Jalan penyelesaian pakai la Explorer jer.

    Sedar tak sedar, dah masuk minggu kedua bulan puasa ini, aku rasa mcm biasa jer. Mungkin aku terlau sibuk dengan kerja seharian. Aku ingat minggu depan nak relax jap, menyiapkan kerja-kerja tertangguh tetapi ada lawatan pemantauan daripada pihak kementerian. Aku Sangat TAK Gembira. Tapi nak buat mcm mana kn, KERJA kn.

    Sekarang ini aku sibuk tandatangan borang2 lama, adalah lebih kurang 6K borang, bos aku kata kene setel sebelum cuti raya, OMG, penat jari-jemari nak sign nie, hehehe. Apa2 pun aku kene kerja lebih masa nie tapi tak claim pun (baik tak aku).

    Sekarang aku sangat risau satu perkara sahaja iaitu _ _ _ _. Aku berharap ia boleh setel sebelum tarikh tersebut. Amin

    Oklah, aku nak sambung kerja balik, nanti bos nampak, katanya asyik blogging jer

    - SAMB -

    Saturday, August 14, 2010

     
     

    Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 27

    Pada 14 Ogos 2010

    Bersamaan 4 Ramadhan 1431H

    Untuk Tunangku Tersayang

    Tengku Mazlina Tengku Muhamud

    Semoga Impian Menjadi Kenyataan

    "mahal kita"


    P/S :Hanya Tinggal 30 Hari Lagi...

    Tuesday, August 10, 2010

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H


    ANAK BULAN DAH KUO PUN

    JANGAN LUPA PASANG NIAT

    BERSAHUR AMALAN SUNAT YANG DISUKAI

    BERBUKA PUASA HANYA 3 BIJI KURMA DAN SEGELAS AIR SUAM

    SOLAT TERAWIH + WITIR MEMANG DITUNGGU

    CUKUP SEBULAN KITA BERPUASA

    PAS 2 KITA RAYA LA

    RAMADHAN KALI INI HANYA SORANG SAJE

    RAMADHAN AKAN DATANG SUDAH BERDUA


    p/s : Saper nak card, x kisah kad raya @ kad puasa, sila inbox me...