Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Thursday, July 30, 2009

    :: just promote link kawan blogger ::

    jom2 buat duit sambil chatting dan main games.. bayar sekali seumur hidup dan keuntungan terus menerus ke akaun anda.. inginkan bukti? http://rihannaidzmi.blogspot.com/ keuntungan hampir mencecah RM 400 dalam masa beberapa hari saja.. join la kitorang http://myspacetunai.com/fatehah88 sebarang pertanyaan bleh ke http://nurf1907.blogspot.com pendftran dibwh aku akan menerima topup free

    di petik dari facebook Nur Fatehah Alias


    post signature

    :: wei, warga Ganu, jom pakat gie ramai2 ::


    Kira-kira 20,000 orang dijangka memeriahkan perhimpunan mega membabitkan penyertaan anak Terengganu di sekitar Lembah Klang yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Ogos ini.

    Program 1T, 3F (1-Terengganu, 3-Food, Fruit, Fiesta) kelolaan Persatuan Anak-Anak Terengganu Di Selangor (Pesat) itu menggalakkan seluruh pemastautin Terengganu menghadiri perhimpunan yang dipenuhi pelbagai acara istimewa bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam.

    Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Terengganu, Husain Embong, berkata fiesta makanan dan perhimpunan mega yang julung kali diadakan bermatlamat mengeratkan hubungan sekali gus mengemas kini data anak Terengganu di Lembah Klang.

    “Pesat sentiasa mengadakan majlis dan acara bulanan namun perhimpunan kali ini adalah yang terbesar malah dengan konsep membawa Terengganu ke ibu negara, jemputan akan berasa seperti berada di bumi Terengganu pada majlis itu nanti.

    “Apa pun, kita harap pengunjung dapat hadir awal untuk pendaftaran bagi membolehkan kita mudah menghubungi mereka selepas ini sekiranya terdapat sebarang acara membabitkan ahli Pesat pada masa akan datang,” katanya.

    Sejajar dengan hasrat meningkatkan taraf hidup rakyat Terengganu walau di mana mereka berada, Pesat yang sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri turut merangka pelbagai agenda untuk memastikan persatuan itu menjadi pemangkin bagi menjana aktiviti sihat.

    Antaranya adalah menubuhkan koperasi iaitu Ko-Pesat yang sudah didaftarkan sekali gus usaha mengemas kini data ahli dapat dijalankan serentak dengan perhimpunan mega itu yang bakal disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

    Sementara itu, antara keistimewaan Program 1T, 3F juga adalah membawakan hidangan masakan tulen Terengganu termasuk nasi dagang, nasi minyak, laksa Terengganu, nasi kuning serta aneka kuih muih yang jarang didapati di sini.

    Husain berkata, tujuh gerai makanan mewakili setiap daerah di negeri itu akan didirikan untuk memudahkan pengunjung menikmati hidangan sambil dihiburkan persembahan artis popular dikalangan anak Terengganu sendiri termasuk Salem.

    “Kita harap mana-mana anak Terengganu dan keluarga mereka dapat memeriahkan majlis raksasa ini kerana dianggarkan lebih 200,000 anak Terengganu menetap di Lembah Klang tambahan pula ia umpama pertemuan antara saudara mara.

    “Bagi penuntut kolej dan universiti sama ada awam atau swasta, Pesat turut menyediakan kira-kira 30 bas untuk membawa pelajar ke stadium pada hari majlis berlangsung bagi membolehkan mereka tidak tercicir daripada menghadiri perhimpunan ini,” katanya.

    Bagi memudahkan urusan pendaftaran seawal jam 6 petang, sebanyak 13 kaunter yang dikendalikan 50 petugas akan dibuka di Pintu A dan C.

    Sebarang maklumat lanjut boleh dikemukakan ke sekretariat Pesat di 03-89263344 atau 019-6583344 atau layari www.pesat.org.my

    - dipetik myadha.com

    post signature

    Tuesday, July 28, 2009

    :: menjenguk aper yang patut ::

    Sudah lama aku x update my entry, kesibukan amat sangat, sampai PC kat ofis x sempat buka pun, sekarang nie musim pemasaran padi bermula, kemudian x pasal2 aku jd mangsa keadaan plak, bos aku pi outstation time mcm nie, aku kene jaga ofis, dah 2 kene sign cek plak, mahal jgk sign aku nie, hehehehe, padahal baru ari nie aku start sign cek, rasa2 +- round RM 50,000.00 aku dah sign, tapi ia adalah satu tanggungjawab sangat berat, silap2 ari bulan, SPRM yang jumpa aku nti, mintak jauh pasal hal 2, bulan OGOS sudah hampir, macam dateline menjerat leher aku, x tahu knp, aku perlu membuat keputusan muktamad pada bulan tersebut, aku memerlukan keyakinan diri ku kembali, tapi aku terasa macam hilang dari jasad aku sekarang, why? aku entah, end of August month, aku pasti aper jua keputusan aku nanti dapat memberi kebahagiaan ( ye ke), entah, wait to see so far....

    post signature

    Monday, July 13, 2009

    :: alah kusutnya jiwa aku sekarang ::

    Seumur hidup aku
    Ini yang pertama
    Pintu hatiku diketuk
    Oleh dua wanita
    Punyai ciri selama ini ku cari
    Berbeza wajah ayunya tetap asli

    Kalau ku pilih di sini
    Apa kata di sana
    Kalau ku pilih di sana
    Di sini akan terluka
    Perlukah aku pilih keduanya
    Bahagi kasih adil-adilnya


    Sungguh ku merasa resah
    Untuk menilai sesuatu yang indah
    Namunku ada pepatah
    Yang aku gubah…

    Di sana hanyalah menanti
    Sampai bila pun ku tak pasti
    Bertanya khabar melalui tinta
    Jarang sekali bertemu muka
    Namunku tahu dia setia

    Dan di sini tetap menunggu
    Berada jelas di mataku
    Kasih tak luak terhadap aku
    Sanggup menunggu kata putusku
    Sayang ketabahanmu menawanku

    Ku terima satu nota
    Ringkas tulisannya
    Dia sedia undur diri
    Dan memaafkanku
    Katanya anggap ini satu mimpi
    Yang datang sekadar…
    Untuk menguji…


    Lirik lagu nie banyak menceritakan kisah aku sebenarnya (kecuali rangkap terakhir).....

    Aku pun x tahu mcm maner aku terjebak dalam kisah nie......

    So..... komen la

    post signature

    Wednesday, July 8, 2009

    :: kehilangan mood ::


    Selepas cuti minggu lepas, aku dengan gaya malas nk pi kerja untuk memulakan minggu nie, aku di hujani dengan beberapa masalah entah mana datang, x pasal2 ia buat aku x de mood bt keje pada minggu nie...

    Masalah-masalah ini bukan disebabkan semasa aku menjaga bahagian sekarang tetapi memang ade sebelum nie, ibarat sapu sampah letak bawah tikar, lama2 ia jadi bukit la. Aku sendiri x tahu macam maner nk explain masalah 2 sbb aku blm wujud pada masa 2. So pada masa sekarang, aku terpaksa memahami masalah tersebut dan memaksa diri untuk mencari jalan penyelesaian yang mungkin belum tentu menyelesaikan masalah, something like 50-50, tu pasal aku buat status msg kat aku punya YM, ramai yang memberi pendapat pada diaorang punye status msg, thanks tau...

    Akan tetapi dalam menyelesaikan masalah tersebut, aku rasa seolah-olah aku dikejar masa yang btl2 cemburu kat aku, antaranya ....

    1. Senarai nama untuk penerimaan pengapuran utk musim 02/09
    (nasib baik ade anak buah aku tlg buat kn)

    2. Buat perjumpaan dengan petani & org berkaitan dgn masalah 2
    (pening2, senarai blm ade lg, nie korek dulu fail2 nye)

    3. Buat perancangan untuk musim 02/09
    (wei, ade 2 bulan lg, sempat ker)

    Walaupunbagaimanapun, aku mesti meneruskan kehidupan aku seperti biasa, aper lg, this weekend aku turun kuala lumpur, jalan2 cari makna dalam kehidupan ini...


    post signature

    Friday, July 3, 2009

    kesunyian tengahari Jumaat

    Betul2 x sedar, syok buat kerja, dah tengahari rupanya, aku pun pi dapur, bw bekal (nasi ambeng), aku makan cukup2, lama x makan tau, pas makan, aku kuar dr dapur, per sunyi betul kat ofis, cum dengar bacaan suci al-Quran dari PC anak buah aku, baru aku sedar kehilangan seorang ibu di waktu ini pasti kat tempat dia buat keje atau baca suratkhabar. Beliau yang aku maksudkan adalah Puan Hajah Umi Salamah binti Ahmad yang bersara pada hari rabu yang lepas (01 Julai 2009). Time mcm nie, aku memang x pernah balik ke umah, terus ke masjid, 2 pasal Pn Umi pun x balik jgk, aku selalu sembang2, kadangkala meluahkan perasaan seorang anak kepada ibu, sedih plak rasanya, terasa plak time masa nie, betul2 rasa kehilangan seorang ibu pada masa ini, ok lah, jam pun dah masuk pukul 1 petang, laporan dah siap untuk di bawa mesyuarat biro petang ini, perut dah kenyang, aper lagi, moh la kite pi masjid, solat Jumaat...

    post signature

    Thursday, July 2, 2009

    lost memory or old memory

    Hari ini aku datang lambat skit masuk ofis, my bos pg2 dah cari aku, tp aku lupa nk ngadap bos aku pg2, hehehe, masa 2 dah lapar sangat, pi sarapan dulu, x pernah aku sarapan pagi2, mgkn malam td kebuluran kot, hehehe, pagi tadi banyak perkara aku dah settel kn, biler msk tengahari, aku mula blur skit, mula merapu bt keje, pas 2 ade supplier ajak makan kat RIMBA, masa 2 dah kelaparan tahap bergendang-gendang la, aku pulun banyak2, makan landak, ayam rimba, baung dan kijang, siap jilat jari 2.....

    Pas 2, masuk ofis, semangat menyambung kerja2 yang tertangguh, datang pulak sumbangan minum petang yang ditaja oleh bahagian aku (sbnrnya makanan dr program x jd ari nie), hehehe, batai lagi, and then akak2 ofis bw kain pasang utk dibuat pakaian utk program CERIA utk minggu depan, nampak gaya x buat keje pas 2.....

    Pas waktu ofis, sambil bt keje, sambil buka laman sosial aper patut, aku terjumpa somebody yang aku kenal, aku saje add jer kat YM, masa nk balik td, dia online, aper lg chit-chat sekejap (ye la 2, hampir sejam jgk, hahaha), perbualan dgn dia membuat aku ingat memory lama, kelakar jgk bila dia time dulu2 panggil aku "samurai", bocor rahsia 2, hahaha, bkn aper, aku mcm gelak jer, nasib baik panggil samurai, kl king kong, mcm maner 2, walaupun mcm maner aku nk promote skit dia punye blog (http://teratakaanis.blogspot.com/), jangan marah tau....

    Aku esok agak sibuk skit, kene siapkan kerja jgk sbb ari sabtu nie aku kene pergi putrajaya dan melaka, penat weh, kalu sempat siap laporan utk minggu depan, hm..........

    post signature

    CERIA

    CERIA, CERIA, CERIA

    post signature

    Wanita

    1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada70 lelaki soleh.

    3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih burukdaripada 1,000 lelakiyang jahat.

    4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

    5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

    6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala
    jihad.

    7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

    8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

    9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

    10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

    11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

    12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

    13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

    14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

    15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

    16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

    17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

    18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

    19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

    20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya
    yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
    solat dan puasa.

    22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
    mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
    suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

    23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
    suaminya akan memasuki syurga.

    24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan
    mendapat pahala80 tahun ibadat.

    Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk
    menjejak Syurga.


    post signature

    Wednesday, July 1, 2009

    Sayang

    Kalau kita sayangkan seseorang,
    Kita takkan sanggup buat dia menangis,
    Takkan tergamak buat dia berkecil hati,
    Kalau dia pernah kita lukakan,
    Kita pasti akan berasa kesal,
    Kita pasti berjanji xkan ulangi lagi,
    Tapi..kalau kita sayangkan seseorang,
    Kita takkan mungkiri janji,
    Tak mahu dia terluka lagi,
    Kalau kita sayangkan seseorang,
    Jangan sesekali lupakan dirinya,
    Lebih lagi saat bersama teman lain,
    Walau hanya teman bicara,
    Takut kita terlupa seketika,
    Kerana kita kan manusia,
    Kalau kita sayangkan seseorang,
    Kita takkan sanggup melihat air matanya,
    Tumpah kerana kita,
    Lebih lagi untuk kali kedua,
    Sebab dia juga manusia,
    Tetap ada batas sabarnya,
    Kalau kita sayangkan seseorang,
    Yang memberi peluang kedua dan ketiga,
    Sanggupkah kita berdepan??
    Tak terfikirkan kita dia juga punya perasaan??
    Terlupakah kita dia banyak berkorban??
    Tahukah kita perasaannya terbeban??
    Ape lagi yang kita mahukan??
    BERSYUKURLAH KITA KEPADA TUHAN
    Kerana orang yang kita sayang,
    'CINTANYA TIADA BATASAN'
    Kalau kita sayangkan seseorang,
    Bukanlah kita tak boleh berkawan,
    Tapi wujudkanlah sempadan,
    Kawallah kemesraan,
    Agar tiada yang tersalah tanggapan.
    Tiada yang rasa terkilan,
    Tidak akan ada kata dalih alasan,
    Kerana sayang seribu daya kita boleh lakukan.


    post signature