Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter

    Sunday, February 21, 2010

    :: Perjalanan Sehari Pada 20hb Februari 2010 ::

    Sesudah mengerjakan solat subuh, dalam jam 6.45 pagi aku terus bergerak ke Tanjung Malim melalui jalan Sungai Panjang (jalan pintas sebenarnya) untuk menaiki Komuter ke KL Sentral, sebenarnya Myvi aku belum dibaiki lagi masa kemalangan, tapi boleh bawa lagi, jadi aku bercadang parking MyVi kat Stesen Komunter Tg Malim, lgpun terus ke KL Sentral sambil membaca dalam Komunter.


    Aku sampai Tg Malim jam 8.00 pagi, terus ke kaunter tapi tiada orang (mungkin pergi sarapan), aku garu kepala sekejap,"Mana nk beli tiket nie, nak cepat nie", aku pun terpandang mesin tiket layan diri, wow mesin dah canggih sekarang, touch screen (lupa plak shoot gambar masa itu, nak cepat), senang dan mudah, sampai seorang pakcik itu tanya aku macam mana nk pakai mesin tiket itu, aku ajar dia jap, pas 2 aku tunggu tren sambil baca info bahawasanya tren bergerak dr Tg Malim jam 8.50 pagi, APA? 8.50 PAGI, pas 2 kene tukar tren kat Rawang plak, jadi aku meramalkan aku sampai KL Sentral antara jam 10.15 - 10.30 pagi, jadi sepanjang perjalanan Tg Malim-Rawang-KL Sentral, aku selalu tgk jam sambil baca novel Sejarah Islam-Salahuddin bin Ayubi yang ditulis Pak Latip (nie pusingan kedua membaca buku ini).

    tim RAMFC bergambar kenangan sebelum aktiviti 
    (aku takder dalam gambar ini)

    tim RAMFC bergerak masuk ke dalam tren yang padat manusia buku

    aku dalam duniaku...

    Tepat jam 10.30 pagi, tren selamat sampai KL Sentral, aku terus pecut berlari pergi mesin tiket LRT dan terus berlari panjat naik tangga ke platform, sampai kat situ, nampak tim RAMFC masih ada lagi, fuhh lega, sempat lagi join gerakan BACA@LRT ini, sempat bersembang jap, pas 2 tren dari Gombak dah sampai, aku masuk dan duk tengah2 antara dua tren, walaupun agak goyah kat situ, aku sempat membaca 1 bab novel itu, dan dengar suara awek yang luak itu "Stesen berikutnya Taman Jaya, next station Taman Jaya", dah sampai rupanya, masa keluar dari tren ini adalah waktu kritikal kerana stesen ini bukan seperti KLCC dan Masjid Jamek, masa buka pintu sekejap jer, orang masih berduyun-duyun keluar, pintu tren dah bunyi dan nak tutup, apa lagi berlari keluar masing2, seingat aku 2 kali pintu itu nak tutup tapi tak boleh, kali ketiga ia berjaya tutup pintu (terima kasih RapidKL) dan terus bergerak...

    group photo......

    Kemudian ada sedikit taklimat oleh pihak penganjur, dan photo group dan acara mengambil borang, kemudian aku dan tim RAMFC bergerak Amcorp Mall, pi singgah BookXcess untuk hantar borang dan dapat 'book thong', aku mintak Ultraman tapi jumpa Sinchan, kira ok itu, aku round jap dalam kedai itu tapi orang terlalu ramai, tak selesa sangat, aku terus lepak depan pintu masuk dengan tim RAMFC, masa itu ada interview bersama ASTRO Awani, dan aku terus jadi "jurucakap bidan terjun" bg pihak tim RAMFC masa interview itu, segan plak, tapi aku jenis selamber jer...jadi aku promote skit nama RAMFC dan abg RAM,kemudian perut dah lapar, terus lepak McD...

     aktiviti makan-makan...

    Jam 1.15 tim RAMFC berpecah ke haluan masing2, aku plak balik Tg Malim la, singgah pasar malam Tg Malim, beli apam balik dan nasi kerabu dan aku gerak balik Sungai Besar dan sampai jam 6.30 petang, badan ku letih dan terlelap....

    p/s : entri sambungan "Happy Oh Happy" sedang mengumpul material..jadi tunggu tau..

    post signature

    7 komen...:

    sahromnasrudin said...

    membaca itu amalan mulia..

    ~nur adibah~ said...

    aktiviti ape neh?.huhu~

    darling elle said...

    Terima kasih kerana jadi Jurucakap RAMFC, terima kasih tidak terhingga. Bantuan anda sangat-sangat dihargai....

    m.k.z.e said...

    sahromnasrudin : berusaha lagi

    dib : kl nk tahu, join la group
    BACA@LRT kat FB

    elle : terima kasih daun keladi,
    lain kali jd jurucakap lagi..

    Aanis said...

    x pening ke kepale mmbace dlm LRT?

    m.k.z.e said...

    aanis...

    kalu pening, take a break

    sy pun kurang pening time baca dlm LRT sejak join gerakan ini...

    Aanis said...
    This comment has been removed by the author.