Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Saturday, April 3, 2010

    :: Kilat Dulu, Kemudian Guruh Dan Akhirnya Hujan ::

    Sementara aku menunggu new entry abis loading (biasala broadband yang lambat), aku sempat membuat 2 set roti bakar sampai gusiku terasa sakit, sambil2 itu jgk aku membuat teh lipton (uncang siap), kemudian memerhati di halaman rumah aku, langit agak gelap dari bagan sg burong dan sabak bernam, sekali-kala terdengar bunyi guruh, akan tetapi aku mencari-cari di mana kilatnya...

    Aku teringat masa kecil2 dulu, org tua2 cakap kilat dan guruh untuk menakutkan syaitan yang bersembunyi di belakang kita, kita dinasihat supaya membaca ayat2 suci al-Quran, akan tetapi aku suka melihat kejadian kilat yang memancar ke atas bumi ini, lagi2 hujung langit yang kelam, kadangkala aku cuba mengambil gambar kilat tetapi tidak menjadi kerana aku pakai kamera handphone, bagi aku kejadian kilat adalah tanda kejadian kebesaran Allah s.w.t.,

    Aku berada di luar rumah, hampir ke halaman rumah, air hujan mula membasah tanah2 yang kering ini, kelihatan burung2 berterbangan mencari tempat bertebuh, mungkin ke sarangnya, terdengar burung2 bersiulan antara satu sama lain, sesungguhnya hujan adalah rezeki kepada makhluk Allah kesemuanya.

    Hari ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah, aku mengemas rumah, tetapi area ruang tamu aku berjaya kemaskan, dapur dan ruang makan belum aku sentuhi, mungkin pagi esok aku kemas seringkas mungkin, pada tengahari tadi, aku meronda ke kawasan kerja-kerja ladang yang belum siap lagi, akan tetapi aku tak jumpa pun, mungkin kerja2 tersebut dah siap mengikut jadual, mungkin minggu depan aku boleh siapkan tuntutan kerja2 tersebut...

    Bulan ini, aku belum merancang apa2 lagi untuk kerja dan peribadi, aku bercadang nak balik kampung pada minggu lepas, btl2 selepas memperolehi gaji, oleh kerana pelbelanjaan luar biasa pada bulan lepas dan aku cover balik gaji aku baru ini, aku kene balik pada gaji bulan ini, sebenarnya aku risau keadaan kakak aku, pasti ini aku kene marah pasal x call dalam masa seminggu, pas kerja2 kat ladang dah siap, bolehla aku memikirkan pasal aku dan family aku, aku berharap perancangan aku ini akan menjadi kenyataan nanti...

    post signature

    1 komen...:

    sahromnasrudin said...

    insyaAllah..niat yang baik akan dipermudahkan perjalanan anda...