Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Thursday, November 10, 2016

    Saya Sudah Kembali


    Teringin nak makan yang ini punya...

    Wednesday, July 29, 2015

    Aku Sudah Kembali Menulis

    Hai & Salam 


    Aku ingin kembali menulis dalam blog ini. Post terakhir pada 22 Jan 2013 yang lepas. Sangat lama sungguh. Bak kata orang, rumah dah berhabuk pun. Aku pun banyak keadaan yang sukar dan senang dalam tahun kebelakangan ini. Entah kenapa. Apa-apa pun aku tetap memandang pada masa akan datang.

    #stress #daebak #blur
    m.k.z.e.

    Tuesday, January 22, 2013

    My Beautiful Malaysia #beautifulmy

    Thursday, November 22, 2012

    Malang

    Malang aku datang bertimpa-timpa tapi aku bersabar menerima ketentuan Dia. Aku yakin ujian Dia merupakan hadiah bernilai dlm hidup aku nie.

    Sunday, February 26, 2012

    Cuci Mata Kat Motherhood Expo 2012

    Aku betul-betul lama tak update blog. Ada dalam 5 bulan kot. Takperlah. Semalam aku pergi Motherhood Expo 2012 kat KLCC. Sebenarnya aku tak rancang nak pergi pun tapi my sis ade call aku tanya aku pergi tak expo itu (sebenarnya aku tak tahu ada expo pun, hehehe), aku ambil keputusan pergi jer, lagipun my wife nak cari botol susu brand AVENT dia la untuk my baby la.


    Aku gerak dari Kuala Selangor dalam pukul 10 pg, itu pun sarapan jap dan "main-main" jap kat situ (sempat lagi). Aku lalu ikut LATAR dan sampai dalam setengah jam kemudian (laju giler). Sampai2 jer, orang dah mula ramai. Aku apa lagi cari barang la. Antara "hasil tangkapan" aku dan isteri adalah :-

    1.  Autumnz - Electric Steam Steriliser + Home & Car Warmer Combo (my sis punye)
    2. PHILIPS AVENT Starter Set (my wife punye)
    3. PURREN Wet wipes (borong la)
    4.  LOVELYWORLD DIAPER (nak try jer)

    Sebelum itu, layan gambar yer.....





    Cuba Teka Siapa Dia



    Itu ajer aku nak update jer, next time aku sempat update cerita lain pulak

    Monday, September 5, 2011

    Selamat Tinggal Semua

    Selamat Tinggal Semua

    Thursday, July 7, 2011

    Nak Post Apa Lagi

    Aku Malas Nak Post Apa-apa Pun Ok

    Wednesday, June 15, 2011

    Salam Pengenalan Oleh Hacker Anonymous


    Laman web cidb.gov.my telah dilawati oleh hacker Anonymous dan telah diberi salam pengenalan dengan 3 2 tanda serangan. Nampak gaya diaorg mcm bersungguh-sungguh memulakan serangan pada esok harinya tepat 3.30 pagi. Apa2 pun kerajaan Malaysia kene bersiap-sedia dengan serangan siber ini. Harap2 ada "Panglima" mengetuai pertahanan serangan siber ini. Sama2 kita berdoa dan wait and see apa terjadi esok pagi.




    Friday, June 10, 2011

    Hari Ke-3 Pembukaan Rasmi Big Apple Di Giant Kuala Terengganu





    Wednesday, April 13, 2011

    Update Untuk Sekian Lama Tak Update

    Salam

    Aku lama tak kemaskini blog aku

    Aku Malas

    Aku Busy Sebenarnya

    Aku Buat................


    Aku Gerak Dulu k

    Monday, March 21, 2011

    "My Bonda" YMM Tengku Ampuan Bariah Mangkat

    Assalamualaikum. Dengan penuh rasa dukacita saya memaklumkan bahawa Tengku Ampuan Besar Terengganu, Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1 pagi semalam di Hospital Seri Kota, Klang. Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu di antara tahun 1979 hingga 1998. Jenazah baginda akan disemayamkan di Astaka Khas DiRaja, Istana Maziah untuk memberi laluan kepada Raja-Raja serta Raja-Raja Perempuan Melayu memberikan penghormatan terakhir sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu pada jam 3 petang ini di mana makam yang sama juga menempatkan Almarhum Paduka Suami Almarhumah iaitu Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah.

    Almarhumah Tengku Ampuan Bariah merupakan Bonda Tiri kepada SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Jika dilihat,hubungan kekerabatan Tengku Ampuan Bariah meliputi seluruh kerabat melayu kerana Almarhumah baginda merupakan Bonda saudara DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan adik-beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

    Sepatutnya Almarhumah dimakamkan di Makan Diraja Selangor, Bandar Diraja Klang kerana memang telah disediakan tempat Almarhumah di Bangunan yang menempatkan Makam Tengku Ampuan dimana setiap kerabat diraja Selangor yang mendapat gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan dinegeri/negara lain dimakankan dibangunan ini. Walaupun bagaimanapun atas permintaan pihak tertentu Almarhumah dimakamkan di Terengganu.

    Menurut apa yang dilaporkan, Almarhummah menghadiri Majlis di sebuah hotel dan terjatuh di tempat kejadian serta mengadu sesak nafas. Kemangkatan baginda sesungguhnya merupakan kehilangan besar kepada rakyat Terengganu kerana kapasitinya sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dulu .Saya daripada usia kecil dahulu secara peribadi amat menghormati dan mengenali almarhum kerana baginda mempunyai sifat-sifat yang cukup terpuji dan baginda sentiasa low profile walaupun merupakan kerabat diraja dan berkahwin dengan Sultan Terengganu. Saya sangat sedih mendengar khabar sedih kerana baginda sentiasa memanggil bukan nama sebenar saya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh baginda sentiasa dicucuri rahmat,mendapat pertolongan dan syafaat.Amin

     Al-fatihah Patik Tuanku.


    Merafak Setinggi-Tinggi Takziah dan Perasaan Duka Cita atas Kemangkatan
    Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah Terengganu
    Semoga Roh Baginda dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang mendapat Makfirah.

    ********

    Monday, February 7, 2011

    UFO di Sabak Bernam?


    Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

    Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

    Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

    “Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

    “Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    - KOSMO!

    p/s : Aku copy artikel nie sbb kejadian nie dekat sangat dengan umah aku nie, hehehe

    Wednesday, February 2, 2011

    [Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak (copy from blog ariffshah.com)



    [Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.
    Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.
    Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
    Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
    Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
    Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
    Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
    Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
    Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
    Atau melalui:
    Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
    Twitter: DyyaDizarch
    Blog: Nadia-ism
    YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
    Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
    - Nadia
    So what can you do now?
    1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
    2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
    3. Share this on Facebook.

    Monday, January 3, 2011

    Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri

    Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

    Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

    Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
    "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

    Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
    Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

    Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
    "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

    Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

    Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

    Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

    Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

    Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

    Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

    Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

    Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

    Sumber : Artikel iluvislam.com

    Tuesday, December 14, 2010

    Perkara-perkara Yang Disunatkan Pada 10 Muharram



    Hadith daripada Aisyah:
    Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
    Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

    KELEBIHAN

    Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

    BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
     
    SEJARAH 10 MUHARRAM
    Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
    + Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
    + Diterima taubat Nabi Adam a.s.
    + Dicipta Adam a.s.
    + Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
    + Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
    + Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
    + Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
    + Selamat Musa dan pengikutnya.
    + Lemas Firaun.
    + Dilahirkan Nabi Isa a.s.
    + Diangkat Nabi Isa kelangit.
    + Diangkat Nabi Idris ke langit.
    + Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
    + Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
    + Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
    + Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
    + Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
    + Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
    + Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

    14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

    1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
    2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
    3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
    4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
    5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
    6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
    7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
    8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
    9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
    10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
    11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
    12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru”. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
    13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
    14. Niat Puasa – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

    Salam 1 Islam

    Monday, December 6, 2010

    Salam Maal Hijrah 1432H


    Salam Maal Hijrah 1432H 

    Kepada Semua

    Saudara-saudaraku 

    Satu Islam

    Insya Allah


    Friday, October 15, 2010

    :: 4 Minggu ::

    Minggu Pertama

    Pada masa ini, aku selalu tersenyum sendirian teringat perkara yang telah berlaku. Pada waktu itu juga, kerja-kerja mulai menimbun ke atas meja aku. Perlu tindakan segera tetapi aku masih melayari "mimpi indah" pada masa itu. Paling seronoknya, hari pertama selepas cuti panjang, meja aku dipenuhi hadiah-hadiah dan surat panggilan mesyuarat. Pada saat itu juga, aku mulai merindui seseorang.


    "kesunyian melanda"


    Minggu Kedua
    Sepanjang minggu tersebut, aku cuba menyibukkan diri dengan projek terakhir di mana "dateline" yang begitu dekat sekali, dan aku berjaya menyiapkannya. Wow, sangat bagus perubahan aku ini (macam angkat bakul sendiri ini). Dan aku terfikir apa yang menyebabkan perubahan aku ini, sila renung-renungkan.


    "biru pilihanku"

    Minggu Ketiga
    Pada minggu terakhir bulan Syawal ini, aku banyak menenuhi jemputan ke "rumah" terbuka anjuran pejabat-pejabat berhampiran. Rasa sendat perut pada setiap hari sampai aku hanya memilih makanan yang tertentu sahaja. Akan tetapi aku sangat pening dan "bad mood" pada minggu tersebut. Salah satu sebab aku kuat makan pada minggu tersebut. Hahahaha. Hujung minggunya, aku pergi UiTM Jengka, aku sangat rindu pada tempat ini. Sempat aku berjalan-jalan kat pasar malam. "Nothing no changes". Masih sama lagi. Tapi aku kurang seronok pergi ke sana kerana orang tersayang tiada di sisiku pada masa itu.


    "Aku dan Ayahanda Zami Ismail"

    Minggu Keempat
    Sekarang ini, pada saat ini, aku berasa gembira dan seronok kerana pada petang ini aku pulang ke kampung berjumpa keluarga aku dan isteri tersayang. Sebelum itu, minggu ini dimulakan "kemenangan" menyertai Konvensyen KIK peringkat negeri dan ia berjaya. Sangat sukar aku gambarkan "kemenangan" tersebut. Saya suka. Akan tetapi semua itu penutup kesibukan sebelum ini, mungkin ia pembukaan kesibukan yang akan datang. Tetapi aku masih berharap kesibukan ini tidak akan berpanjangan selama-lamanya. Amin. Sekarang ini pula, aku suka mendengar lagu-lagu nyanyian Maher Zain, hampir tiap-tiap hari mendengarnya. Dan salah satu lagu nyanyian beliau menjadi kesukaan aku adalah lagu ........



    The Rest of My Life – Maher Zain
    I praise Allah for sending me you my love
    You found your home and sail with me
    And I’m here with you
    Now let me let you know
    You’ve opened my heart
    I was always thinkin’ that love was wrong
    But everything was changed when you came along oh
    And there is a couple of words I wanna say
    Chorus:
    For the rest of my life
    I`ll be with you
    I`ll stay by your side honest and true
    Till the end of my time
    I`ll be loving you, loving you
    For the rest of my life
    Thru days and night
    I`ll thank Allah for open my eyes
    Now and forever I… I`ll be there for you
    I know it deep in my heart
    I feel so blessed when I think of you
    And I ask Allah to bless all we do
    You’re my wife and my friend and my strength
    And I pray we’re together in Jannah
    All I know I found myself
    I feel so strong
    Yes! Every thing was changed when you came along oh
    And there is a couple of words I wanna say
    Chorus
    I know deep in my heart
    And now that you’re here in front of me
    I strongly feel love
    I strongly feel love
    And I have no doubt
    And I sing it loud that I will love you eternally
    Chorus
    I know it deep in my heart
    nota kaki
    Catatan ini dibuat sempena sepurnama ikatan halal ini terjalin. Syukur...

    Friday, October 1, 2010

    Terima Kasih Tuanku


    Sebenarnya aku sedang menunggu kerja-kerja download file driver printer hingga selesai, sambil 2 aku upload 1 keping gambar yang bermakna kepada aku....jeng, jeng, jeng...






    Gambar ini sebenarnya aku scan daripada kad asalnya, jadi ada nama pengirimnya dan sekali alamatnya, tapi aku padamkan (biar aku sorang tahu jer), cuma aku tinggalkan hanya logo rasmi pengirim, so reader sila-sila teka saper pengirimnya....


    ~ BERSAMBUNG ~


    Thursday, September 9, 2010

    Ucapan

    Monday, August 23, 2010

    ASPIRASI RAMDHAN SATU MYVians


    Korang nampak tak keretaku yang mana satu? Memang korang tak nampak pun, sebab korang tak kenal kereta aku pun. Apa jadah kereta aku parking kat sini bersama Myvi yang lain, opsss untuk jual, bukan la, kitaorg suka2 parking kat sini, hahaha.

    Sebenarnya, aku join satu program dipanggil majlis makan2 ataupun dalam bulan puasa, digelar Majlis Buka Puasa la. Di anjurkan oleh MYVIans. Aku selalu pergi majlis berbuka puasa tetapi formal tapi majlis buka puasa ini aku kelaskan formal (pasal kene pakai bj melayu + sampin + songkok) & unformal ( ada cabutan bertuah). Kelas gitu, aku pun dapat jugak cabutan bertuah, dapat bekas kuih raya, boleh la aku pakai time raya nanti, hehehe.

    Kitaorg berkonvoi dari CP utama iaitu Dataran Masjid Putra dalam jam 5.30 petang, nak jadi cerita aku mmg lambat sampai kat CP utama kerana berpatah balik mengambil kain sampin aku, giler punya kerja, padahal aku dah sampai kat Jeram ms 2, aku buat U-turn, drive hampir 140 km/j nak cover masa 2, masa 2 jam lebih 3.30 petang, hahaha, apa2 pun aku selamat sampai kat CP utama. Lepak jap sambil bayar duit tol kepada marshall dan mengacau saper2 yang patut.

    Masa berkonvoi, kira smooth jer perjalanan, cuma 1 kemalangan kecil yang berlaku dpn mata aku sendiri, tapi kesian tuan punya kete, abis bercalar kete nya. Apa2 pun konvoi selamat sampai Restoran D’rasa Timur Barat, Kajang, Selangor. Lepak melepaskan lelah sebentar, apa lagi cari lauk la, lauk mmg best, rasanya nak tambah, tapi perut dah sendat pasal pakai baju melayu terlalu hensem, aku x jadi tambah, kalu pakai kain pelikat, 3 pinggan aku menambah, hahaha.

    Dah setel semua bab makan, dah masuk agenda utama, cabutan bertuah ++++, aku pun dapat, jangan jeles korang, tetapi aku nak side sikrit passo, pasal aku punye dah koyak, nanti ade duit lebih, aku pi cari (nada geram nie). Majlis dah selesai lebih kurang 10.30 malam. Aku pun ngantuk, chow balik Putrajaya (umah kakak aku).

    Apa2 pun, tahniah kepada semua yang berkerjasama dalam majlis buka puasa 2010 kali ini, tahun depan entah la sempat atau tak.

    Credit : Pojie (sori aku curi photo ko satu)
               Myvians
               Geng Bikers (Chopper, Superbiker, Custom & Naked Bike) 
               Myvi SE Sliver (Kete aku la)


    - Bersambung-