Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

amarul aman @ Twitter

    follow me on Twitter
    Daisypath Anniversary tickers

    Tuesday, May 18, 2010

    :: Aku Ada Video Adegan Seks Ustazah di Asrama Pelajar (KOSMO) ::

    Saja aku buat gempak tajuk entry kat atas, kasi korang klik capaian blog aku hari ini, sebab  video ini ramai yang mencari, hehehe, so hari ini, aku membuat carian kat Google mengenai artikel Kosmo hari ini,sememangnya isu ini banyak menarik perhatian umat manusia di bumi Malaysia, hampir kebanyakkan para blogger review atau ambik bulat dari Kosmo, tak lupa jgk kepada forum-forum yang membincangkan isu ini, boleh mencapai 25 mukasurat perbincangan, wow, terima kasih kepada diaorang

    Semasa aku membuat carian yang mencapai 80,000 capaian dengan menggunakan kata kunci "******* kosmo", bermacam-macam penemuan aku jumpai, antaranya muat turun video tersebut, salah satu laman web yang terlibat kegiatan tersebut telah membuat nota kaki ini


    Dari mana sumber ini, aku tak nak nyatakan, korang cari sendiri la, lagipun benda masih panas lagi, sebelum 2 aku bagi peringatan sikit, laman web ini mengaut keuntungan kerana kalu nak tengok, kene bayar la, pandai2 korang nak cari free, mcm aku promosi la, so hati-hati la korang...

    Sebelum mengakhiri entry ini, aku ingin memberitahu ini semua adalah isu semasa yang hangat tetapi sementara, aku rasa pagi esok mesti Kosmo review isu ini balik, mengambil pandangan orang ramai, org kata "follow up story", dengan ini aku akhiri dengan pandangan seorang blogger ini

     

    :: Rosak + Wang + Tension ::

    Akhir2 ini, aku btl2 update blog tanpa upload gambar, sbnrnye my phone SE C902 telah rosak, hampir 3 minggu la, nak pi repair, i have no money in my poket, tension nyer aku, itu pasal rasa nak update blog nie, kemudian kete aku dah sampai untuk servis, dah lebih 2,000 km daripada sepatutnya diservis, tapi uang tarak ada, tension lagi, sekarang plak, printer ofis aku x leh jalan plak, bertambah tension aku, jadi abaikan semuanya...

    Pas 2, aku paksa relakan diri pi Shah Alam, kemudian Beseri, dan akhir sekali, entah la, blm tahu lagi tempatnya, pas 2 nak uruskan lawatan plak, cuti untuk kenduri kahwin kakak belum minta lagi, gilanya aku, buat keje last minute lagi, adus....

    "Kesilapan membawa padah"

    Friday, May 14, 2010

    :: Entahlah ::

    Minggu ini aku terasa lambat bergerak, dari Isnin ke hari ini (Jumaat), entahlah, kerja-kerja ofis berjalan mcm biasa, tetapi satu, dua perkara membuat aku x de menghabis kerja aku, walaupun blh siap pada minggu ini, entahlah, hujung minggu lepas aku pulang terengganu, menolong menyiapkan umah family aku, untuk persediaan majlis perkahwinan kakak aku yang akan berlangsung pada awal bulan Jun nanti, kitaorang setakat mengecat kembali dinding-dinding umah aku, tukar kaler yang lebih ceria, hahaha, ye la 2, time nak beli cat kat kedai, sempat lagi bergaduh 3beradik, nak pilih kaler aper, hehehe, keadaan kakak sulung aku beransur pulih, masa aku pi bw Kak Na pi KB, berjumpa doktor, sempat berseloroh mengatakan my sis dah ok 2, masa jumpa dulu sekali, asyik sebut sakit jer, hahaha, sekarang nie dah blh senyum, doktor menasihatkan jangan buat kerja berat2, so kitaorg cakap time kenduri nanti, duduk diam2, salam dgn org, ambik duit dan bg cenderahati, apa2 pun aku sangat happy dengan perubahan Kak Na aku nie.

    Sekarang ini aku mahu fokus sesuatu, mungkin lepas kenduri kahwin kakak aku nie, aku perlu bergerak lebih pantas, tunang aku dah selamat di kampung, sekarang nak bersedia nak buat Latihan Industri di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu, pada mula beliau memohon di sini tapi tak boleh, pas 2 mintak kampung, pun x leh, kemudian KB, pun x leh, last kali, dapat kat kampung, 2 pun tahu pada Jumaat lepas, time aku ambik beliau di kolej, aku sangat gembira, tetapi plan aku sedikit berubah, apa2 pun ia masih berjalan mcm biasa.

    Sekarang aku mahu kembali kehidupan aku normal balik

    Tuesday, May 4, 2010

    :: Kisah Bulan Lepas ::

    Sudah lama aku tak update blog aku, byk cerita yang tertinggal, hehehe, nak kata busy, buat2 busy, bulan lepas aku banyak bergerak ke sana ke mari, bulan lepas rasa pecah rekod aku kuo ofis, dan hujung minggu aku pi jalan2 makan angin, hehehe...

    Minggu Pertama (05-11 April)
    Aku banyak menghabiskan masa aku di ofis pada minggu tersebut tetapi hari Jumaat aku bercuti di Putrajaya, sempat tonton "Clash of The Titans" dan hujung minggu tersebut aku berkonvoi ke Muar dengan Kelab Myvians dan pas 2 aku singgah Jasin, melawat si Along, tak psl2 di ajak aku berjalan2 kat Bandar Melaka, sampai kul 1 pagi aku pusing balik Jasin, esok aku pulang Putrajaya, ikut jalan lama, Jasin ke Putrajaya, melalui Rembau dan Nilai, seronok cuci mata...

    Minggu Kedua (12-18 April)
    Minggu tersebut aku lepak kat ofis dan kemudian pi kursus sehari tak sehari pun, tengahari cabut balik, hahaha, ada org mcm 2, tapi weekend aku pi PC FAIR, kat KLCC, sambil berjalan + tengok movie "How To Train Your Dragon", yang lawak title cerita nie kuo last citer, time credit, btl2 ajar nie, hehehe, aku pi Datuk Keramat, rindu sangat tempat 2, sempat minum air buah c2 jap.....

    Minggu Ketiga (19-25 April)
    Minggu tersebut paling busy, aku langsung tak lekat kat ofis, first day this week aku pi mesyuarat kat JPV, esoknya aku ambik cuti sehari, pi Tg Malim>>Nilai>>KL>>Tg Malim, penat sangat2, tetapi seronok sangat2, aku sangat gembira pada hari tersebut, hari Rabu plak, ade meeting dalaman dan pembentangan produk dari local bank, Khamis ade mesyuarat dan Jumaat pi Shah Alam, aku betul2 fed-up ms 2, x nk citer panjang psl 2, Sabtu plak aku singgah tgk bola Myvians vs Honda, akhirnya Myvians menang jugak, tak sia2 aku datang malam 2, sambil aku ambil sticker roadtax jap, dan Ahad aku join gerakan BACA@LRT : BERI,
    kul 10 pg aku terpacak kat LRT Pasar Seni, tunggu geng RAMFC, pas 2 aku kene interview oleh ASTRO AWANI, masuk lg tv, hehehe, pas 2 gerak ke KLCC, derma 2 buah buku kat Kinokuniya, pas 2 aku bertukar-tukar buku, aku dapat 3 buah buku baru, tapi biler aku nak baca nie, hehehe, thanks tau, pas 2 aku lepak dengan RAMians, sampai kul 6 petang kat c2, pas 2 balik dan tido, zzzzz....

    Minggu Keempat (26 April - 01 Mei)
    Hari Isnin aku pi meeting kat Shah Alam, oleh kerana meeting abis lambat, aku singgah Bukit Raja, tonton "LOSERS", best siot citer 2, btl2 smart, pas nie kene tgk "The A-Team" plak, esoknya aku pi cari produk usahawan untuk hantar ke KL, kemudian ada meeting lagi, bosan sgh, tapi seronok, hujung minggu 2, aku lepak bersama MYVIans, sambutan B-Day April kat Seri Kembangan dan Program Amal 1 Malaysia kat Puchong, aku btl2 enjoy, dan ilang problem aku sekejap, berseronok dan bermal, hehehe, walaupun poket aku nak hampir kosong, hehehe..

    Dah abis citer bulan lepas, bulan nie x tahu la aper terjadi, hehehe, tapi hujung minggu nie aku balik kampung bersama tunangku tersayang + kakak aku sayang jugak, aper terjadi 5 bulan lagi, entah la...

    -ENd

    post signature